Skip to content

RAKAM SETIAP DETIK HEBAT DENGAN GALAXY A8 DAN GALAXY A8+

Kongsikan artikel ini

Samsung Malaysia Electronics membuka tirai tahun ini dengan Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) baru, yang menjadikan setiap detik begitu bermakna. Direka untuk mereka yang gemar dengan keseronokan untuk merakam setiap saat dengan sempurna,  Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) menampilkan dwi kamera hadapan serta penarafan IP68 untuk perlindungan daripada air dan debu, lantas membolehkan pengguna merakam pelbagai jenis pengembaraan.

Dwi kamera hadapan yang terdapat pada Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) untuk merakam swafoto yang hebat, walau dari sudut mana pun ia dirakam, merupakan ciri yang julung kali ditampilkan oleh Samsung. Dengan dwi kamera hadapan 16MP+8MP F1.9, yang terdiri daripada dua kamera yang berasingan, anda boleh menukar di antara kedua-duanya untuk merakam jenis swafoto yang anda inginkan – sama ada untuk rakaman dari jarak dekat atau gambar potret dengan latar belakang yang terang dan jelas. Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018), yang mengikut jejak langkah model-model utama sebelumnya, membawakan ciri termaju Live Focus yang membolehkan anda melaraskan kekaburan latar belakang (kesan ‘bokeh’) dengan mudah sebelum atau selepas anda merakam gambar untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi.

Ciri-ciri termaju kamera hadapan dan belakang Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) memastikan anda merakam imej yang tajam dengan bukaan F1.9 dan F1.7 pada waktu siang atau malam, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah sekalipun. Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) boleh didapati di Malaysia pada harga yang disyorkan iaitu RM1,799 dan RM2,499 (termasuk 6% GST). Kedua-dua peranti ini juga terdapat dalam warna Black, Gold dan Orchid Gray untuk disesuaikan dengan gaya anda yang tersendiri.

Dengan kamera belakang 16MP F1.7, setiap foto dirakam dengan sempurna walaupun pertama kali mencubanya, kelihatan jelas, terperinci dan bertenaga – sedia untuk dikongsikan begitu saja. Dengan ciri IP68 yang kalis air dan debu, Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) boleh bertahan dalam pelbagai keadaan, termasuklah peluh, hujan, pasir dan habuk. Mempunyai penarafan IP68 iatu kalis habuk dan air. Berdasarkan ujian ketahanan di dalam air tawar sehingga 1.5 meter sehingga 30 minit.

Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) boleh didapati di Malaysia pada harga yang disyorkan iaitu RM1,799 dan RM2,499 (termasuk 6% GST). Kedua-dua peranti ini juga terdapat dalam warna Black, Gold dan Orchid Gray untuk disesuaikan dengan gaya anda yang tersendiri.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut