Skip to content

RASAI KEHEBATAN RASA COCA-COLA STEVIA

Kongsikan artikel ini

Coca-Cola Stevia, pilihan kurang gula dimaniskan dengan sumber-sumber semula jadi adalah tambahan terkini kepada rangkaian Coca-Cola yang setakat ini merangkumi Coca-Cola Classic, Light, Zero Sugar, dan Vanilla. Coca-Cola Stevia yang boleh didapati di seluruh negara memberikan kehebatan rasa Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula, dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan ekstrak semulajadi Stevia.

“Kami tahu pengguna inginkan lebih pilihan dan memandangkan populariti stevia sebagai pemanis semakin meningkat di peringkat tempatan dan global, Coca-Cola Stevia menjadi inovasi terkini kami yang memberikan pengguna pilihan kurang gula dengan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic. Setakat ini, 3 daripada 5 produk Coca-Cola diiktiraf dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) termasuklah Coca-Cola Stevia, yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat. Kami sedang berusaha memastikan pilihan kurang gula dan tanpa gula ini mudah didapati di seluruh negara,” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, The Coca-Cola Company.

“Stevia ialah pemanis tanpa kalori yang dihasilkan dari daun pokok Stevia. Ia digunakan dengan kombinasi gula atau pemanis-pemanis lain dalam pelbagai makanan dan minuman untuk memberikan pengguna pilihan rendah kalori atau kurang kalori dan kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan ini kepada rakyat Malaysia dengan Coca-Cola Stevia,” kata Finaswani Mohamed Zin, Ketua Hal Ehwal Umum dan Komunikasi di Coca-Cola Bottlers Malaysia.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut