Skip to content

RICARDO CHANETON BAWAKAN RASA RESTORAN PETRUS, PULAU SHANGRI-LA, HONG KONG KE LAFITE, SHANGRI-LA HOTEL KL

Kongsikan artikel ini

Pengalaman santapan eksklusif hidangan Perancis dari Chef Ricardo Chaneton dari Restoran Petrus, Island Shangri-La, Hong Kong dibawakan terus ke Lafite, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Terdapat empat set menu yang disediakan oleh Chef Ricardo untuk Lafite, yakni menu dua hidangan dengan harga RM195 nett setiap seorang, menu tiga kursus dengan harga RM245 nett setiap seorang, menu empat hidangan dengan harga RM450 nett setiap seorang dan menu enam hidangan berharga RM685 nett setiap seorang.

Sebelum berkhidmat dengan Restoran Petrus, Chef Ricardo bertugas di restoran Perancis bertaraf dua bintang Michelin, Mirazur, Perancis; Le Gourmet di Intercontinental Tamanaco Caracas, Venezuela serta restoran bertaraf satu bintang Michelin, Quique Dacosta di Sepanyol. Dengan bimbingan mentor terkenal, Chef Ricardo mengembangkan stail dan gaya tersendiri dalam hidangan Perancis klasik dengan sentuhan moden, khas buat mereka yang menghargai keseimbangan dalam kehidupan.

Sajian makan malam dengan empat hidangan bermula dengan dua hidangan pembuka: Salad Asparagus Hijau dengan Grapefruit, Citrus Yoghurt Condiment, Acacia Honey & Vanilla dan Poached Nova Scotia Lobster dengan Leeks Grilled & Green Curry Sauce. Untuk hidangan utama, terdapat pilihan Crispy Amadai dengan Mini Zucchini  dan sos Lemon Thyme atau Beef Tenderloin dengan Monalisa Potato Textures dan sos Chimichurri. Untuk pencuci mulut, para tetamu mempunyai dua pilihan, antara Gariguette Strawberry Éclair dengan Madagascan Vanilla atau Valrhona Araguani 72% Chocolate Venezuela dengan Bitter Orange & Koko Ice-cream.

Walaupun hidangan utama dan pilihan pencuci mulut sama, menu makan malam enam kursus terdiri daripada empat makanan pembuka selera, dengan tambahan Seafood Tartare dengan Sherry Cloud & Kristal Caviar dan Duck Foie Gras Tortellini dengan Arbois Vin Jaune & French Black Truffle.

Oleh Wan Mohd Firdaus

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut