Skip to content

Joseph Schooling Hero Singapura di Olimpik Rio

Kongsikan artikel ini

Glam Lelaki Joseph Schooling Rio

Tidak hairanlah awal pagi Sabtu menjadi memori paling manis buat warga Singapura apabila anak muda berusia 21 tahun ini menjadi hero mereka di Olimpik Rio. Joseph Schooling mencatat sejarah sebagai atlet pertama yang menjulang pingat emas buat republik itu serta berjaya menundukkan taklukan Micheal Phelps dalam acara kegemaran bintang Amerika Syarikat itu, 100 meter kuak kupu-kupu.

Lebih manis apabila Schooling turut memecahkan rekod Olimpik dengan catatan 50.39saat untuk merangkul pingat emas itu. Sementara itu, pingat perak dikongsi oleh Phelps, Chad Le Clos (Afrika Selatan) dan Laszlo Cseh (Hungary). Ternyata ia adalah antara sejarah yang paling mengujakan dalam temasya sukan kali ini.

Glam Lelaki Joseph Schooling Rio

Schooling tanpa berselindung mengakui Michael Phelps adalah idolanya dan menjadi pembakar semangatnya untuk berusaha menjadi perenang terbaik. Dia pernah bertemu dengan Phelps ketika berusia 8 tahun dalam kem renang di Singapura. Sokongan padu oleh kedua ibu bapanya juga adalah sebab utama atlet kebanggaan Singapura ini mampu untuk melangkau jauh mengapai impiannya untuk menjadi yang terbaik di dunia.

“Jika bukan kerana Michael, saya tidak rasa saya akan sampai ke peringkat ini. Sejak kecil saya ingin menjadi sepertinya. Saya juga mahu menang. Dan selalu memikirkannya kerana Michael adalah sebab saya mahu menjadi perenang terbaik.” Kata Schooling ketika sidang media selepas upacara menyampaian pingat yang turut menjadi kali pertama lagu Majulah Singapura berkumandang di gelanggang Olimpik.

Glam Lelaki Joseph Schooling Rio 13920281_10153968925687572_1469217330363085870_o 13988074_10153968839727572_283076514210867028_o

Awal pagi tadi menjadi bukti kesungguhan anak muda ini yang menjalani latihan sendirian di Texas, Amerika Syarikat untuk melayakkan diri mewakili Singapura. Dia turut berdepan dengan kewajipan untuk khidmat ketenteraan namun meminta dikecualikan supaya tidak mengganggu latihan menjelang kejohanan Olimpik ini.

Perenang muda ini juga kini menjadi wira buat semua anak muda akan kesungguhan serta semangat jitu yang tinggi dapat membantu dalam mengejar impian. Phelps sendiri gembira dengan pencapaian Schooling dan tidak sabar untuk melihatnya beraksi di Olimpik 2020 Tokyo nanti.

Paling bangga adalah Colin dan May Schooling, ibu bapa yang menjadi paksi kejayaan anak mereka hari ini. Ibunya berada di Rio menemani Schooling di sana sementara bapanya menonton setiap detik perlumbaan pagi tadi bersama keluarga terdekat dan rakan baik mereka di Singapura.

Foto: Todayonline Facebook & Rio Facebook

By Izza Ibrahim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut