Skip to content

ROBERT DE NIRO X ERMENEGILDO ZEGNA SPRING SUMMER 2017

Kongsikan artikel ini

Ermenegildo Zegna, jenama pakaian antarabangsa terkenal kini hadir dengan injeksi arah yang baru untuk kempen spring-summer tahun ini. Jenama gergasi dari Itali itu baru saja melancarkan kempen ‘Defining Moments’ yang menampilkan aktor lagenda Robert De Niro bersiar-siar bersama dengan seorang lagi model lelaki terkemuka, McCaul Lombardi.

Ermenegildo-Zegna-2017-Defining-Moments-Campaign-002

Ermenegildo-Zegna-2017-Defining-Moments-Campaign-007

Seperti di dalam filem, De Niro berperanan seakan mentor kepada McCaul dan membawanya menyusuri pekan Los Angeles di mana aksi mereka berdua mendapat sentuhan daripada jurugambar handalan, Francesco Carrozzini. Menampilkan pertembungan dua generasi, mereka berkongsi percutian serta legasi, di mana mereka berdua yang berdarah Italian-American benar-benar menyuntik elemen elegan dan stail, dengan karekter bersahaja.

Ermenegildo-Zegna-2017-Defining-Moments-Campaign-003

DeNiro ternyata kelihatan masih segak dan bergaya dengan visi cool bersama sut hitam tradisi serta kaca mata hitam khas dari kempen Ermenegildo Zegna’s Defining Moments. Aura kacak McCaul juga sememangnya tidak dapat dinafikan. Pengambaran mereka berdua diadakan di kawasan-kawasan tertentu seperti di kolam renang termasuk di beberapa sudut di sebuah rumah mewah.

Ermenegildo-Zegna-2017-Defining-Moments-Campaign-004

tpmgzrote65h-qdpfkuzzon-67tjzxt3-large

Saksikan video eksklusif kempen Ermenegildo Zegna’s Defining Moments kempen spring summer 2017 terbaru melalui pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut