Skip to content

SAMSUNG GALAXY NOTE 9, TELEFON PINTAR BERKEUPAYAAN TINGGI KINI DI MALAYSIA!

Kongsikan artikel ini

Galaxy Note 9 kini telah tiba di Malaysia! Dua model Galaxy Note 9 ditawarkan hadir dengan dua pilihan storan 128 dan 512GB dengan tiga warna ditawarkan iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue.

Untuk spesifikasi Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan skrin 6.4-inci SAMOLED QHD+ HDR, dijana dengan pemprosesan Exynos 9810, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Bagi yang memerlukan storan lebih besar, terdapat sokongan kad mikroSD sehingga 512GB bagi memberikan storan terkumpul mencecah 1TB. Wow!

Kemampuan kamera pula ialah 12+12 Megapixel dengan satu lensa dilengkapi bukaan boleh ubah f/1.5 ke f/2.4. Kedua-dua sensor ini dilengkapi sistem OIS dan pemfokusan dual Pixel. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto sebesar 8-Megapixel f/1.7. Kamera utama Note 9 turut mempunyai sokongan kecerdasan buatan yang mengenali objek dan mengoptimasikan tetapan kamera untuk rakaman gambar yang terbaik.

Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri 4000mAh, dimana bateri terbesar pernah digunakan untuk telefon siri Galaxy. Peranti ini juga menyertakan sister Water Carvon Cooling berasaskan AI pada peranti untuk membawakan prestasi berkeupayaan tinggi juga stabil.

EVOLUSI S PEN

S Pen ciri tersendiri dalam siri Note membolehkan pengguna mencatar nota yang penting serta mengembangkan idea. Kini dengan Bluetooth Low-Energi BLE. Dengan hanya 1 klik, pengguna kini dapat merakam swafoto dan gambar berkumpulan, membentangkan slaid, menghenti dan memainkan video dan banyak fungsi lagi.  Dengan pengecasan selama 40 saat, S-Pen boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh sehingga 30 minit menurut Samsung.

Di Malaysia Samsung Galaxy Note 9 akan mula dijual pada 24 Ogos ini. Harga jualan ialah RM3699 untuk versi 6GB/128GB dan RM4599 untuk versi 8GB/512GB.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Ogos 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut