Skip to content

SEL OTAK ROSAK ANGKARA GPS?

Kongsikan artikel ini

Apa benar dakwaan ini? Penggunaan GPS yang berleluasa sebenarnya boleh merosakkan sel otak? Sejauh mana kebenaran ini? Di zaman teknologi serba canggih ini memperlihatkan bagaimana  manusia sering kali bergantungan pada alatan elektonik, termasuk penggunaan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk mencari jalan ke sesuatu tempat.

Namun, satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal ‘Nature Communication’ oleh para saintis melalui laman web LiveScience.com mengkaji kesan penggunaan terlalu bergantung harap pada alat GPS ini kepada otak dan mendapati mereka yang sering menggunakannya akan mematikan bahagian otak yang digunakan untuk kemahiran navigasi.

Berdasarkan penyelidik daripada Jabatan Psikologi Experimen, Universiti London College, Hugo Spiers berkata, apabila kita memiliki kemampuan teknologi untuk memberitahu ke mana arah yang harus dituju, bahagian-bahagian otak tidak akan bertindak-balas dengan keadaan sekeliling akibat terlalu bergantung harap pada GPS. Tambahnya lagi, penggunaan gps yang terlampau kerap juga bakal memberi kesan jangka panjang dimana pengguna akan sukar untuk melalui jalan-jalan yang biasa dilalui tanpa menggunakan bantuan tersebut.

Sumber: LiveScience.com

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut