JBL PERKENALKAN SELEKSI PRODUK BARU HARMAN DI MALAYSIA

HARMAN International merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang menumpu kepada teknologi berkaitan untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan. Baru-baru ini, Harman International telah melancarkan pelbagai model baharu untuk koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, audio rumah, dan bar bunyi di bawah jenama JBL, Harman Kardon dan AKG. Kini, peminat audio mempunyai lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan hiperkritikal audio mereka.

JBL Jr terbaru, iaitu barisan JBL yang utama, merupakan fon kepala kanak-kanak yang sempurna yang menggabungkan keperluan hiburan kanak-kanak yang menepati jangkaan tahap kualiti dan keselamatan yang dititikberat oleh golongan ibu bapa. Barisan JBL Jr baru termasuklah model berwayar dan tanpa wayar yang direka khusus untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun. Koleksi ini direkayasa untuk memaksimumkan tahap keseronokan pada tahap kelantangan yang selamat, sesuai untuk deria pendengaran kanak-kanak yang sensitif.

Semua fon kepala JBL Jr baru merupakan anugerah bunyi yang dijamin dengan kualiti audio yang tinggi pada tahap yang selamat, dan sesuai untuk kanak-kanak. Demi meningkatkan implikasi dan jaminan anugerah bunyi kepada golongan kanak-kanak, empat orang bintang kanak-kanak telah dilantik sebagai duta JBL Jr dan telah memperagakan koleksi ini di atas pentas. Duta kanak-kanak ini adalah Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan, Nur Qistina Raiseh, Sarah Tan, Houson Ng dan Jaco3oy. Mereka telah memperagakan siri fon kepala JBL Jr baru dalam gabungan warna-warna yang menarik, sesuai dengan personaliti mereka, justeru mempamerkan lagi keindahan koleksi ini.

Selain dari kanak-kanak, selebriti dan artis juga akan datang ke acara ini. Mereka ialah Jeff Chin (My FM’s DJ, duta jenama untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd), Arjalee (Artis), Han Xiiao Aii (Artis), Joe Chang (G0XUAN’s DJ), Steve Woon (Artis), Kah Jun (Artis), Pink Tan (Artis), Hanz Koay (Artis), KNY Low (Artis), dan Alvin Chong (Artis).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 November 2017

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.