Skip to content

Sepak takraw semakin popular?

Kongsikan artikel ini

Futsal, bola tampar, bowling, badminton, tenis. Ini antara sukan yang masih rancak dan popular di kalangan warga kota berjiwa kompetitif. Biarpun sudah tamat zaman pengajian dan kini sibuk mengemudi kerjaya, golongan belia masih seronok meluangkan masa spare mereka untuk bersaing sesama rakan-rakan melalui sukan-sukan ini.

Sepak takraw pula bukanlah aktiviti yang sering kita lihat dimainkan di pusat sukan komuniti atau di gelanggang sukan kediaman masing-masing. Namun, berbekalkan niat ikhlas mahu memartabatkan sukan tradisi tanahair ini di kalangan generasi muda, Red Bull Product of Europe (Red Bull) mengemukakan kejohanan Red Bull Libas (Libas), yang tahun ini berlangsung pada 17 dan18 September lalu, di iM4U Sentral, Puchong, Selangor.

small_red-bull-libas-6

Kinrara TF (merah) menundukkan pasukan Ar-Rasah13-8 untuk menjuarai kategori Panglima, Kejohanan Red Bull Libas di iM4U Sentral, Puchong


Dan ini bukanlah kejohanan sepak takraw sembarangan. Format baru diperkenalkan untuk merancakkan lagi pertarungan. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit sahaja dan pasukan yang merekodkan mata tertinggi dalam had masa itu menjadi juara. Syarat perkiraan mata pula hanya pasukan yang memegang serve boleh memungut mata. Menarik lagi, berbeza daripada tradisi seorang pemain dikhaskan sebagai tekong, Libas mengkehendaki kesemua pemain bergilir-gilir menjadi tekong pasukan masing-masing.

Hasilnya? Pertarungan semakin sengit dan agresif kerana masing-masing mengejar masa!

Tahun ini memasuki edisi kedua kejohanan, Red Bull Libas 2016 berjaya mengumpul 48 pasukan untuk bersaing dalam dua kategori, yakni kategori Pendekar (usia 16-20 tahun) dan Panglima (21-25 tahun). Pasukan Gastep dari Terengganu muncul juara kategori Pendekar manakala pasukan Kinrara TF menjuarari kategori Panglima.

small_red-bull-libas-1

Kejohanan Red Bull Libas ini memaksa kami keluar daripada zon selesa kami memandangkan kesemua pemain perlu bermain sebagai tekong, berbanding format biasa membahagikan peranan khusus untuk striker, feeder dan server,” ujar Fakrul Razi daripada pasukan Gastep. “Kami amat teruja dengan cabaran ini dan berharap Red Bull akan terus mempromosi aktivit-aktiviti sebegini memandangkan tidak banyak perlawanan sepak takraw dianjurkan untuk tahap selepas tamat sekolah.”

Mungkinkah sepak takraw akan kembali popular di kalangan generasi muda kita?

Untuk info lanjut, layari www.redbull.my/libas

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut