Setiap masa bersama Starbucks dengan Frappuccino

Teks: Putra Mokhter

sb_frap-bottles-edited-aa

Anda penggemar minuman Starbucks? Kali ini, Starbucks Malaysia memperkenalkan Frappuccino, minuman segera yang disediakan di dalam botol, khas untuk anda yang meminati aroma kopi Starbucks yang menyegarkan! Rekaan botol yang serba unik memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana, sambil menikmati rasa kopi yang sebenar.

Minuman segera Frappuccino didatangkan dengan dua perisa klasik yang sememangnya menjadi idaman ramai iaitu perisa kopi, Starbucks Frappuccino Coffee dan mocha, Starbucks Frappuccino Mocha.

4h5a0424-aaa

Starbucks Frappuccino Coffee adalah hasil dari gabungan yang menakjubkan di antara kopi Arabica dan juga susu berkrim. Manakala, Starbucks Frappuccino Mocha adalah gabungan berkrim kopi Arabica bersama campuran yang kaya dengan rasa magis koko. Jenama Starbucks sememangnya sudah dikenali dengan pilihan kualiti Arabica yang baik, mencipta sudut rasa kopi espresso yang sempurna, dan setiap satu biji kopi dipilih dengan penuh teliti dan tentunya dipanggang untuk memberi impak rasa yang berbeza.

Minuman segera Frappuccino ini boleh didapati di mana-mana pasar raya serta kedai serbaneka terpilih seluruh Malaysia. Ayuh rasai pengalaman menarik bersama Starbucks di roadshows Starbucks Bottled Frappuccino pada bulan Ogos, September dan November yang diadakan di pasar raya premium sekitar Lembah Klang. Layari http://www.facebook.com/StarbucksMalaysia untuk maklumat lanjut.

 

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.