Skip to content

STARBUCKS BIDAS TRUMP, GAJIKAN 10,000 PELARIAN

Kongsikan artikel ini

Isu perlembagaan Amerika yang melibatkan pelarian asing terutama kaum Islam kekal menjadi debat sehingga kini. Ternyata idea Donald Trump ini seakan memakan diri apabila banyak pihak enggan bersetuju dengan cadangannya itu. Turut tidak bersetuju dengan Trump adalah jenama kopi antarabangsa Starbucks.

Dalam satu kenyataan rasmi dari pihak Starbucks yang dikeluarkan oleh CEO Starbucks, Howard Schultz, beliau memaklumkan bahawa Starbucks akan menggaji 10,000 pelarian dalam masa 5 tahun akan datang sebagai reaksi terhadap president baharu Amerika Syarikat, Donald Trump yang menghalang pelarian Islam khususnya Syria dari memasuki Amerika Syarikat. Trump turut melaksanakan #MuslimBan ke atas 6 buah negara Islam yang lain ketika ini iaitu Libya, Iraq, Iran, Sudan, Yemen dan Somalia.

The Create Jobs for USA program was launched last October, soon after Starbucks Chief Executive Howard Schultz publicly scolded politicians on both sides of the aisle for not doing more to deal with the country’s fiscal woes.

Jelas Howard dalam suratnya lagi, ““Kami amat mementingkan pengambilan pekerja muda untuk membantu mereka memulakan kehidupan baru. Disebabkan itu kami komited untuk menjayakan usaha dalam memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang melarikan diri terutama sekali dari negara bergolak  ataupun diskriminasi kaum. Terdapat 65 juta orang di dunia ini dikelaskan sebagai pelarian oleh United Nations dan kami merancang untuk menggaji 10,000 pelarian ini dalam masa 5 tahun di 75 negara Starbucks beroperasi,” terang Howard di dalam suratnya.

Howard menegaskan proses menggaji pelarian itu akan dilaksanakan kepada semua cawangan Starbucks di seluruh dunia dan usaha itu akan bermula di Amerika Syarikat. Tambahan pula, Mexico adalah antara negara penyumbang terbesar biji kopi kepada Starbucks. Starbucks mempunyai 600 cawangan di Mexico dan tindakan Trump untuk mengkaji kembali hubungan ekonomi mereka bersama Mexico akan menyulitkan hubungan baik kedua-dua negara sebelum ini.

130827112233-howard-schultz-employees-1024x576

Sesungguhnya tindakan Howard ini ternyata menerima respon yang cukup positif. Tahniah kepada Starbucks atas tidak mendiskriminasi pekerja mereka. Anda boleh baca coretan penuh Howard Schultz di sini.

Fakta mengenai Howard Schultz, CEO Starbucks –

1. Howard Schultzlahir 19 Julai 1953 adalah seorang usahawan Amerika Syarikat, serta pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks.

2. Pada 2006, majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang ke-354 terkaya di Amerika Syarikat dengan nilai $1.1 bilion.

320x486

3. Howard juga seorang yang sangat aktif dalam sukan besbol, bola sepak dan bola keranjang dan diberi biasiswa sukan dari Northern Michigan University. Beliau mendapat ijazah komunikasi pada 1975.

4. Idea beliau untuk membuka Starbucks bermula sewaktu beliau  melancong ke Milan, Itali pada 1981. Beliau melihat banyak kedai kopi di lorong-lorong di Itali sebagaimana bar di Amerika Syarikat, lalu beliau mencadangkan Starbucks ditukar kepada kedai kopi, bukan semata-mata menjual biji kopi. Pada 1987, Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama.

5. Beliau pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie, khas untuk golongan miskin.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut