TARGUS RAIKAN ULANG TAHUN KE-35 DENGAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN APAC & KOLEKSI BAHARU 2019

Targus, peneraju dalam aksesori komputer mudah alih, julung kalinya menganjurkan Persidangan APAC Media dan Disty di The City Society of World Finance Centre di Beijing baru-baru ini dalam meraikan 35 tahun sejarahnya yang kukuh dan berjaya. Sejak ditubuhkan pada tahun 1983 dengan warisan berasaskan kehidupan serba pantas golongan profesional, Targus ditubuhkan sebagai pelopor dalam industri dan berterusan dalam menyediakan penyelesaian terkini, berkualiti, perangsang produktiviti melalui beg-beg, aksesori teknologi dan perkakasan komputer.

“Sebagai perintis dalam kategori aksesori mudah alih, kami telah berjaya menyumbang dalam mempertingkatkan kehidupan seharian pengguna kami, menerusi penyelesaian yang inovatif dan terkini bagi bisnes korporat, pelancongan, dan gaya hidup. Hari ini, kami bangga untuk mengumumkan detik bersejarah – ulang tahun ke-35 dan koleksi 2019 terbaru kami, terutamanya penyelesaian dok untuk memenuhi trend pejabat mudah alih dan konsep meja panas,”kata Edith Ka, Pengarah Pemasaran, Benua Asia, Targus.

Koleksi baharu Targus 2019 turut diumumkan dengan pertunjukan silap mata kreatif dan pertunjukan fesyen istimewa. Pertunjukan silap mata antarabangsa yang menarik telah dipersembahkan oleh ahli silap mata terkenal negara Cina, LEWIS, petah menceritakan inovasi Targus yang dicapai selama beberapa dekad yang membolehkan dan memperkasakan tenaga kerja yang kian berubah untuk sentiasa memberi pencapaian terbaik.

Aksi menarik pertunjukan silap mata oleh LEWIS, di samping Daniel Chan dan isteri.

“Koleksi Targus 2019 dihasilkan dengan gabungan reka bentuk kreatif, teknologi canggih, bahan-bahan berkualiti, teori ergonomik, dan fungsi-fungsi yang telah dipatenkan. Apa yang lebih mengagumkan tentang koleksi baharu kami ialah sebahagian daripada koleksi ini mempunyai fungsi-fungsi unik seperti reka bentuk anti-kehadapan dan perlindungan tali yang membolehkan pengukuhan perlindungan komputer riba anda, sama dengan teori teknologi udara yang direka untuk kasut larian bagi melindungi kaki. Kami berharap koleksi 2019 ini akan meningkatkan lagi pergerakan serba pesat golongan profesional masa kini. Komited untuk menyokong para pengguna bagi melakukan yang terbaik, kami akan terus berusaha dalam inovasi kami untuk membebaskan pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka di mana-mana dan dalam semua persekitaran, “tambah Edith Ka.

Edith Ka, Pengarah Pemasaran, Benua Asia, Targus bersama Daniel Chan.

Satu lagi acara kemuncak adalah lawatan mengejut oleh selebriti Asia terkenal – Daniel Chan (陳曉東) yang memberi sokongan terhadap Targus sebagai salah seorang pengguna setia produk Targus. Ketua Pegawai Eksekutif – Mikel William juga teruja untuk mempersembahkan hadiah istimewa serta mengalu-alukan kedatangan beliau bersama semua tetamu.

Ketua Pegawai Eksekutif – Mikel William

Koleksi 2019 Targus turut dipamerkan serentak dalam tiga ruang tema yang berbeza – perniagaan, perlancongan, serta fesyen dan gaya hidup untuk menekankan kesesuaiannya kepada para penonton dan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, sesi pra-beli dengan diskaun istimewa dianjurkan sebagai aktiviti penutup majlis ini. Di kesempatan ini, GL ingin mengucapkan jutaan terima kasih serta tahniah buat Targus! Semoga terus berjaya dalam mempelopori gaya hidup dengan penghasilan produk-produk berkualiti.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 November 2018

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.