TERLAMPAU KACAK? ANDA MUNGKIN AKAN GAGAL DALAM KERJAYA ANDA!

Terlalu kacak sebenarnya tidak bagus untuk kerjaya seorang lelaki? Apa benar dakwaan ini? Ya, sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini mempercayai akan kenyataan ini. Menurut penyelidikan terbaru yang dijalankan di Amerika Syarikat dan UK, pekerja lelaki yang kacak atau ‘terlebih’ tampan cenderung untuk dilihat sebagai ancaman oleh bos mereka. Atas alasan itu, mereka berkemungkinan sukar untuk menduduki jawatan yang sama kuat dan setaraf dengan bos mereka.

Menurut Daily Mail, kajian ini melibatkan para penyelidik di Universiti Pengurusan London University of Management dan University of Maryland di Amerika Syarikat yang menjalankan empat percubaan berasingan di empat pejabat berbeza, menurut Daily Mail. Menurut penyelidikan ini lagi mendapati apabila seorang bos lelaki mengaji lelaki lain, keputusan mereka secara automatiknya dipengaruhi secara negatif dek daya tarikan pekerja dan jenis pekerjaan.

“Pengurus atau bos kebanyakkannya dipengaruhi oleh stereotaip dan pengambilan pekerja adaah untuk kepentingan diri sendiri agar organisasi tidak akan mendapat calon yang paling kompeten,” jelas profesor Sun Young Lee, penyelidik utama di University of Maryland. “Dengan lebih banyak syarikat yang melibatkan pekerja dalam proses pengambilan, perkara penting ini perlu diberi perhatian. Kesedaran bahawa pengambilan pekerja dipengaruhi oleh potensi hubungan dalam kerjaya dan kecenderungan stereotaip dapat membantu organisasi meningkatkan proses pemilihan mereka.”

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 November 2018

Tags: ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.