Skip to content

ALAT SULIT KERAS WAKTU PAGI. NORMAL ATAU SEBALIKNYA?

Kongsikan artikel ini

Buat para lelaki, ketegangan zakar adalah indikasi yang menunjukkan keupayaan anda dalam urusan seks. Namun, apabila zakar kerap mengeras di waktu pagi, adakah ia normal? Atau sebaliknya. Ya, ketegangan atau ereksi zakar di waktu pagi (atau dalam bahasa saintifiknya) dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam.

Yang pasti, semua lelaki pasti akan mengalami fenomena ini. Dan ketahui lah, fenomena zakar mengeras waktu pagi bukanlah sesuatu penyakit tetapi ia merupakan petanda yang baik yang menandakan anda masih lagi mampu dan memiliki daya seksual yang sihat. Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement).

Berdasarkan kajian dari Bancroft pada tahun 2005 dalam Journal of Endocrinology, ketegangan yang berlaku ketika tidur adalah disebabkan rangsangan saraf dari noradrenergic neuron yang dihentikan ketika seorang lelaki sedang tidur yang diaktifkan oleh hormon testerone. Oleh itu, jika anda tidak mengalami ketegangan zakar, bawa-bawalah berubat ye!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Ogos 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut