Skip to content

5 JAM TANGAN RONA KEHIJAUAN TERBAIK

Kongsikan artikel ini

Sekalipun rona biru atau nila masih dibentangkan dalam lapangan jam tangan selari dengan warna kromatik serta yang digarap berona hitam dan putih. Rona hijau menerbitkan perkenalannya dengan jelas menerusi sebilangan rumah arloji. Sekali gus mencerminkan karakter utama Institut Warna Pantone ini yang juga menjadi pilihan laporan trend skema warna fesyen bagi musim bunga 2018. Punya kuasa untuk menetapkan pengaruh warna secara global, Pantone mengalu-alukan arcadia sebagai nada baru. Berikut adalah paparan susuk jam tangan terbaru berselimut rona arcadia di Baselworld 2018.

1. OMEGA KOLEKSI SEAMASTER SUKAN OLIMPIK

Koleksi Sukan Olimpik Seamaster meraikan ikatan perkongsian yang sudah lama terbina. Omega telah berkhidmat sebagai pengawas masa rasmi Sukan Olimpik untuk 27 kali sejak tahun 1932. Tahun ini melihatkan siri Seamaster dalam warna cincin Olimpik, di samping rona hitam, kuning, biru dan merah. Jam mekanikal automatik bernadi Master Chronometer Caliber 8800 berdetik dalam case keluli tahan karat.

2. CHOPARD MILLE MIGLIA RACING COLOURS BRITISH RACING GREEN

Chopard membariskan lima model jam tangan dalam koleksi terbaru bagi meraikan ulang tahun ke-30 perkongsiannya bersama lumba jalan raya Itali, Mille Miglia. Mille Miglia Racing Colours adalah ciptaan semula koleksi bersejarah dari arkib Chopard yang memaparkan laman dail unik untuk pengumpul serta pemandu budiman. Di mana salah satu modelnya diolah dalam rona ikonik British Racing Green.

3. CORUM HERITAGE LA GRANDE VIE

“La Grande Vie” adalah nama yang paling sebati untuk himpunan terbaru dalam barisan Heritage, lalu meraikan skema warna ekspresif. Gaya fumé menyerlahkan lagi susuk rekaan jam dengan membiaskan gradien rona hijau pada laman dail jam tangan mekanikal berjarum dua ini.

4. CERTINA DS ACTION DIVER

DS Action Diver adalah antara model jam tangan penyelam yang popular. Mematuhi piawaian ISO 6425 yang ketat untuk dibawa menyelam, jam ini kalis rintangan air sehingga pada kedalaman 300 meter. Case jam ini menempatkan pergerakan inovatif Powermatic 80 yang menjanjikan ketepatan tinggi di atas dan di bawah permukaan air.

Oleh Zuhairie Sahrom

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut