AVENGER HURRICANE 20TH EDITION, RAI DUA DEKAD KEUNGGULAN BREITLING

Bersempena ulang tahun Breitling yang ke 20, salah satu jenama jam swiss terkemuka dunia, Breitling baru-baru ini telah memperkenalkan jam eksklusif edisi ke 20 Avenger Hurricane dengan kerjasama pengedar mewah Watches of Switzerland meraikan dua dekad Breitling dalam industri horologi.

Atas sebab itu, siri Avanger Hurricane dirombak semula dengan suntikan lebih menyerlah dari segi spesifikasi, teknikal dan rupa menjadikan jam ini lebih maskulin dan mewah. Antara ciri-ciri mewah yang ditampilkan adalah casing dimensi XXL 50 yang sama namun digantikan dengan material berteknologi tinggi yang digelar Breitlight. Ini bermaksud jam ini 3.3 kali ganda lebih ringan berbanding titanium serta  5.8 kali ganda lebih ringan dari besi, namun tetap mampan dan keras.

Disetkan dengan serlahan jingga di atas kedua dialnya, elemen kehitaman gunung berapi dengan matte natural serta tali jam berasaskan jahitan militari, sudah pasti jam ini lebih bergaya dan sesuai untuk apa jua keadaan dan masa. Selain itu, jam ini dikuasakan oleh gerakan Breitling’s Calibre B01 yang diperakui oleh COSC (Swiss Official Chronometer Testing Institute) dek penetapan masa yang unggul dan ciri kronograf di pukul 9, 6 dan 3.

Khabarnya, jam ini terhad dan hanya 20 jam tangan eksklusif ini saja akan dijual di pasaran.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mei 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.