Skip to content

KIOSK JAM TANGAN & BARANG KEMAS CALVIN KLEIN TERBESAR KINI DI KLCC

Kongsikan artikel ini

Jenama unggul Calvin Klein baru-baru ini merasmikan kiosk terbesar di dunia menampilkan gabungan jam tangan dan barang kemas kini boleh didapati di tingkat tiga Suria KLCC. Calvin Klein watches + jewelry adalah hasil kolaborasi jenama ikonik ini dengan satu lagi jenama terkenal, Swatch Group untuk menghasilkan koleksi serta rekaan yang berwajah baru dan moden.

Acara pembukaan itu juga telah dirasmikan oleh Jose de Cardoso, presiden Swatch Group Malaysia & Singapura, dan juga Pascal Scherer, pengurus pemasaranthe regional sales manager of Calvin Klein watches + jewelry.

Dari kiri: Kenny Lim, pengurus jenama ZCalvin Klein watches + jewelry , Jose de Cardoso, presiden Swatch Group Malaysia & Singapore, dan Pascal Scherer, pengurus pemasaran kawasan Calvin Klein jam tangan & barang kemas

Turut memeriahkan acara istimewa tersebut adalah pengacara majlis Reem Shahwa serta beberapa aktres wanita Siti Saleha dan Nadia Brian serta beberapa lagi KOL yang turut dijemput untuk menyaksikan pembukaan rasmi kiosk tersebut. Selain itu, acara istimewa tersebut juga dihadiri barisan selebriti dan personaliti popular tanah air lelaki, seperti Andre Amir, Ryzal Jaafar dan ramai lagi. Yang pastinya, barisan jam tangan yang dipamerkan khususnya buat kaum lelaki ternyata menarik perhatian dan mampu menyerlahkan aura sang lelaki dalam bergaya.

Pengacara majlis Reem Shahwa

Ryzal Jaafar

Andre Amir

Siti Saleha

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Disember 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut