Skip to content

DAVID BECKHAM DUTA KEMPEN TERBARU TUDOR #BORNTODARE

Kongsikan artikel ini

Jenama jam terkemuka, Tudor baru-baru ini mengumumkan perlantikan bekas bintang bola sepak terkemuka dan ikon gaya, David Beckham sebagai duta terbaru untuk kempen #BornToDare. Susuk tubuh Beckham memperagakan jam tangan Tudor boleh dilihat menerusi gambar-gambar kempen yang dilancarkan semalam. Pemilihan Beckham dilihat cukup bersesuaian dengan prestasi dan dedikasi beliau dalam pelbagai bidang, ditambah pula dengan pesona dan prestasinya. Ternyata aura Beckham dilihat jelas terpapar mewakili jam tangan Tudor yang dinamik, teguh, mewah dan solid.

Jelas Beckham, beliau sendiri tertarik dengan perincian dan ketepatan yang ditampilkan setiap utas jam tangan Tudor yang melengkapi gayanya. Malah jelas pengasas Tudor, Hans Wilsdorf  jam tangan lasak ini sememangnya diciptakan untuk menyokong kempen “Born To Dare” malah bersesuaian dengan Beckham yang dilihat sentiasa mencabar diri dalam apa jua situasi. Untuk itu, Tudor ternyata mengalu-alukan kehadiran Beckham dalam keluarga besar Tudor.

Kempen Tudor #BornToDare ini menyaksikan Beckham segak beraksi dengan beberapa persalinan, menyarung Black Bay S & G iaitu jam diinspirasi dari rekaan vintaj keluli tahan karat, serta Black Bay Chrono, jam tangan chronograph yang diiktiraf COSC.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

Bacaan Lanjut
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

Bacaan Lanjut

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Bacaan Lanjut
5 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM DOKUMENTARI TERBARU NETFLIX, BECKHAM

5 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM DOKUMENTARI TERBARU NETFLIX, BECKHAM

Bacaan Lanjut