Skip to content

FOSSIL Q GEN 4, TEKNOLOGI DIPERKEMASKINI DAN DESAIN LEBIH STAIL

Kongsikan artikel ini

Jenama hebat, FOSSIL mengumumkan edisi terbaru dari generasi keempatnya, iaitu Fossil Q Gen 4, jam tangan pintar berteknologi tinggi dengan skrin sentuh. Dengan beberapa ciri teknologi yang baru, edisi kali ini menawarkan fungsi teknologi diperkemaskini serta desain yang lebih stail. Dengan ciri-ciri baru lebih mantap, Fossil kekal dengan motifnya dalam menyediakan pelanggan sebuah peranti inklusif- baik dalam fungsi mahupun reka bentuknya.

Sebagai salah satu jenama fesyen pertama yang memperkenalkan teknologi ini dalam koleksi mereka, Fossil menitikberakan fesyen dalam fungsi. Dikuasakan oleh Wear OS oleh Google dan Platform Qualcomm® Snapdragon Wear ™ 2100, peranti istimewa ini menawarkan peningkatan dari setiap aspek, dengan perkakasan termasuk Penjejakan Kadar Degupan Jantung (Heart-Rate Tracking), GPS Tanpa Sambungan dan Fungsi Kalis-Renang. Dengan masa cas yang dioptimumkan, pengguna kini boleh mengecas peranti mereka dalam tempoh sejam untuk bertahan sepanjang hari.

Yang pasti, Fossil memasuki pasaran jam tangan pintar untuk mengisi keinginan pasaran untuk memiliki teknologi yang direka menawan serta boleh diperibadikan. Generasi baru ini pasti tiada bezanya. Ia datang dengan ciri reka bentuk yang unik, membolehkan pengguna menyesuaikan dari tali hinggalah paparan muka dial.  Terdapat 36+ paparan muka dail eksklusif, dari fesyen ke novelti, malah pengguna dapat menggabungkan peningkatan jumlah aplikasi pihak ketiga untuk  pengalaman peranti mereka.

Bukan itu saja, pengguna juga boleh menetapkan foto media sosial sebagai latar belakang paparan muka dail jam ini. Fossil sudah pasti akan meneruskan penghasilan jam tangan pintar menerusi pendekatan vintaj terinspirasi kepada teknologi moden yang membolehkan pengguna menemui jam tangan yang benar-benar sesuai, untuk selamanya.

Kemas kini utama termasuk:

  1. Penjejakan Kadar Degupan Jantung (Heart-Rate Tracking)
  • Fungsi kadar degupan jantung, permintaan penting dari pengguna dan keutamaan utama untuk edisi Generasi 4 Fosil Q. Fossil mereka jam tangan eksklusif yang membolehkan pengguna mengakses capaian manual dengan mudah dari muka dail jam tangan mereka. Sama ada sedang berlari atau ketika bersenam di gim, anda boleh menjejaki kadar denyutan anda secara automatik menggunakan Google Fit.
  • Ambil bacaan kadar jantung secara manual dan gerak kadar jantung secara automatik menerusi pelbagai jenis senaman menggunakan Google Fit
  • Grafik kadar jantung menunjukkan kemajuan dalam kepelbagaian jenis senaman dan pada masa yang sama meningkatkan pengalaman pengesanan senaman.
  • Paparan muka dial eksklusif Fosil menyepadukan kadar degupan ke reka bentuk yang menunjukkan denyutan perminit memudahkan pengguna bersenam dengan lebih baik dalam sekali imbas.
  1. GPS tanpa sambungan

Keupayaan GPS untethered baru membolehkan pengguna mengesan trak jalan, larian, pendakian, menaiki basikal dan banyak lagi melalui Google Fit dan aplikasi kecergasan pihak ketiga tanpa perlu membawa telefon anda. Jam tangan anda akan memeta dan menjejaki lokasi dan jarak anda secara automatik walaupun ketika latihan semasa. Dengan fungsi kalis-renang yang dikemaskini, pengguna boleh menjejaki latihan renang, bersantai di kolam renang atau mandi di bawah pancuran air tanpa perlu memikirkan risiko kerosakan jam tangan pintar mereka. Bagi pengguna yang bersedia untuk memulakan larian mahupun tunggangan tanpa perlu membawa telefon pintar mereka, muzik boleh dimuaturun dari aplikasi pihak ketiga terus ke peranti.

Fungsi-fungsi termasuk:

  • Case keluli tahan karat (Q Venture HR: 40mm / Q Explorist HR: 45mm)
  • Paparan digital skrin sentuh yang menakjubkan
  • 24 jam hayat bateri (berdasarkan penggunaan)
  • Tali dan gelang boleh ditukar ganti (Q Venture HR: 18mm / Q Explorist HR: 22mm)
  • Sambungan teknologi Bluetooth®
  • Penyegerakan wayarles + pengecasan magnetik
  • Serasi dengan iOS 9.3+ dan Android 4.4+ (tidak termasuk edisi Go)
  • Sensor: Kadar Jantung, GPS, Altimeter, Accelerometer, Gyroscope, Ambient Light, Mikrofon
  • Dikuasakan dengan OS Pakai oleh Google
  • Platform Qualcomm® Snapdragon Wear ™ 2100

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.fossil.com/Q

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut
BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

Bacaan Lanjut
CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

CHRIS PINE SERLAH BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN

Bacaan Lanjut
Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut