GARMIN LANCARKAN SIRI JAM PINTAR GARMIN FENIX 5 PLUS

Garmin, sebuah syarikat peranti GPS baru baru ini melancarkan peranti jam pintar aktif terbaru mereka bagi menyukat tahap aktif dan aktiviti atlet, iaitu iaitu siri jam pintar Garmin Fenix 5 Plus, yang terdiri daripada tiga model, termasuklah Garmin Fenix 5 Plus, Fenix 5S Plus dan juga Fenix 5X Plus.

Kesemua peranti siri Garmin Fenix 5 Plus ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 1.2 inci, dengan rekaan rangka yang diperbuat daripada bahan komposit yang dinamakan Diamond-like Carbon (DLC) pada pelbagai saiz, khusus untuk pergelangan tangan pengguna yang berbeza malah boleh diperibadikan mengikut cita rasa. Ia turut menggunakan Sapphire Glass khas buat mereka yang lasak.

Menariknya, jam pintar ini hadir dengan storan 16GB yang membolehkan pengguna memuatkan fail media seperti MP3, termasuk sokongan Bluetooth yang membolehkan pengguna terus menyambungkan fon telinga nirwayar mereka ke peranti Garmin Fenix 5 Plus mereka.

Diantara ciri-ciri menarik lain sensor Pulse Ox Acclimation yang dapat mengesan kandungan oksigen di dalam darah pengguna termasuk Sport Mode di mana ia dapat mengesan pelbagai titik aktiviti untuk lebih dari 30 jenis sukan, termasuklah aktiviti berlari, berbasikal, berenang, yoga, triathlon, golf dan sebagainya.

Sewaktu pelancaran, Garmin turut memperkenalkan dutanya, iaitu pelakon dan aktivis kesihatan Sharifah Sakinah.

Siri jam pintar Garmin Fenix 5 Pro ini sudah boleh dibeli dari pengedar rasmi peranti mereka, AECO Technologies dan juga kedai-kedai konsep Garmin di seluruh Malaysia bermula hari ini dengan harga seperti di bawah:

Garmin Fenix 5S Plus Black dengan tali hitam = RM3450

Garmin Fenix 5S Plus Rose Gold dengan tali coklat – RM3450

Garmin Fenix 5 Plus Black dengan tali hitam – RM3599

Garmin Fenix 5 Plus Carbon Grey DLC dengan tali jam besi – RM4699

Garmin Fenix 5X Plus Black dengan tali jam hitam – RM3699

Garmin Fenix 5X Plus Carbon Grey dengan tali jam besi – RM4899

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Ogos 2018

 

 

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.