Skip to content

HUBLOT: PELÉ PERKENAL JAM TANGAN BAHARU UEFA CHAMPIONS LEAGUE

Kongsikan artikel ini

Rakan kongsi jam tangan berlesen rasmi, UEFA Champions League™, Hublot ialah pembuat jam tangan tersohor dalam dunia sukan bola sepak. Dalam tahun ketiga perkongsiannya bersama UEFA Champions League™, jam tangan Hublot menerima wajah berwarna biru sepenuhnya. Sementara menunggu bagi mengetahui pihak yang akan menjulang trofi pada 26 Mei 2018 di Kyiv (Ukraine), Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot dan ‘Raja’ Pelé memperkenalkan “Jam Tangan Berlesen Rasmi” baharu untuk UEFA Champions League™.

(PRNewsfoto/Hublot)

HANYA BIRU

Sama seperti dewa masa yang dihiasi warna biru, Hublot mencipta jam tangan yang diwarnakan sepenuhnya dengan warna ikonik pertandingan. Gabungan Kronograf Klasik UEFA Champions League™, “Jam Tangan Berlesen Rasmi” perlawanan ini, menampilkan bingkai 45 mm yang mengagumkan yang dihiasi dengan satin dan seramik biru digilap. Tali jam kulit buaya dihiasi warna biru yang tiada tandingan berserta jahitan bahagian atas berwarna putih. Muka jam berwarna biru berkilauan memaparkan logo pertandingan dengan warna mengikut tona berbeza: bola berbintang yang terkenal dan lapan bintangnya. Bingkai belakang turut memaparkan logo UEFA Champions League™.

(PRNewsfoto/Hublot)

MINAT TERHADAP BOLA SEPAK TIDAK MENGENAL SEMPADAN

Penanda aras dalam dunia bola sepak, Hublot sentiasa bersedia untuk setiap perlawanan dan setiap kemenangan adalah hasil perkongsian dengan kelab-kelab berprestij serta bersama FIFA dan UEFA. Bersama-sama kelab-kelab ternama, pemain bintang yang tersohor, daripada Piala Dunia FIFA™ kepada Piala Konfederasi FIFA™ serta perlawanan-perlawanan Eropah yang utama, seperti UEFA Champions League™ dan UEFA Europa League™, Hublot sudah begitu serasi dengan sukan bola sepak. Selaku duta Hublot sejak tahun 2013, Pelé, ialah warga global dan legenda sukan bola sepak, merealisasikan impian dan kemenangan serta mempunyai minat tanpa sempadan terhadap sukan bola sepak. Beliau merupakan Pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali, satu rekod pencapaian yang masih tidak terkalahkan, dan juara dua kali Copa Libertadores, perlawanan kelab paling berprestij di Amerika Selatan dan setaraf dengan UEFA Champions League Eropah.

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Kelanjutan Eksplorasi Material Hublot 01

Kelanjutan Eksplorasi Material Hublot

Bacaan Lanjut
Jejaka Horologi Terhangat 01

JEJAKA HOROLOGI TERHANGAT

Bacaan Lanjut
Alam Nuansa Hijau 01

Alam Nuansa Hijau

Bacaan Lanjut

CHRISTIAN PULISIC DAN PUMA BERSATU UNTUK GENERASI BAHARU

Bacaan Lanjut
Big Bang Unico Summer 01

Big Bang Unico Summer

Bacaan Lanjut
AKSI ED SHEERAN DAN DAVID BECKHAM DI EURO 2020 MENCURI PERHATIAN

AKSI ED SHEERAN & DAVID BECKHAM DI EURO 2020 MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut