Skip to content

HUBLOT RAIKAN ‘THE ART OF FUSION’, SENI TUKANGAN GABUNGAN MATERIAL, SAINS & STAIL

Kongsikan artikel ini

‘The Art of Fusion’ menyoroti gen yang berakar umbi dalam DNA jenama ini sejak di awal penciptaanya pada tahun 1980. Hublot, jenama jam tangan pertama menggabungkan penggunaan emas dan getah asli. Direka pada tahun 2004 oleh Jean-Claude Biver, Pengerusi Hublot serta presiden kepada divisi kumpulan jam tangan LVMH, dan Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot. Maka, sejak itu, falsafah ini telah berjaya ‘menghidupkan’ banyak material-material lain yang ternyata unik, eksklusif sehingga ada yang sudah dipatenkan.

Ricardo Guadalupe bersama Jean-Claude Biver

Penggunaan getah asli pada Big Bang Unico Black Magic.

Perincian dengan material ‘Magic Gold’ pada Big Bang Unico.

Kisah Hublot bermula dengan moto ini, yang memandu segala tindakan, inovasi, perkembangan dan perkongsian. Menyusun hubungan antara tradisi sekular yang sudah lama sebati dengan wawasan idea yang dipelihara, termasuk perincian avant garde juga penelitian bahan-bahan baru, tema ini menggabungkan gaya dan material dengan mudah sekali, termasuk aspek keyakinan dan kepercayaan dari semua rakan kongsi, duta dan ahli keluarga yang bersatu di bawah DNA ini.

Menggabungkan unsur-unsur dari alam semula jadi yang tidak ditemui di negara asalnya, Hublot memproduksi semula koleksi Big Bang, menggunakan unsur masa lalu dan masa depan, diselang tradisi dan inovasi.

Penggunaan logam dalam bentuk asalnya dan bijih pertama pada zaman prasejarah. Kemudian, logam dan aloi dibangunkan dengan revolusi perindustrian pada masa kini, agar pemilihan pelbagai jenis bentuk, komposisi dan aplikasi dilihat seolah-olah tidak terbatas. Kiranya ia persis ‘alam semesta’ yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti mineral, logam, seramik, polimer, bahan komposit dan aloi, mengikut acuan Hublot dalam mencipta semula ‘The Art of Fusion’. Alam yang punya pilihan tidak berkesudahan menjadi sumber inspirasi terbesar, sumber yang tak terbatas. Berikut adalah antara utasan eksklusif dari koleksi Hublot Bing Bang yang menyasarkan penggunaan pelbagai material khas mengukuh penjenamaan Hublot sebagai suatu jenama unggul di hadapan.

Hublot Big Bang Unico Blue Sapphire dan Red Sapphire

Hublot Big Bang Unico Sapphire

Hublot Big Bang MECA-10 Magic Gold

Hublot Big Bang MECA-10 Full Black Magic

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Oktober 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut