Skip to content

INKLUSIF EKSKLUSIF JAM BUAT JEJAKA

Kongsikan artikel ini

OMEGA SPEEDMASTER GREY SIDE OF THE MOON

Omega Speedmaster Grey Side of The Moon (GSOTM) tergolong di kalangan jam tangan ikonik yang terdiri daripada case seramik kelabu dan 18k bezel emas Sedna. Ciri yang paling nyata pada jam ini adalah dail meteorit dengan beberapa potong serpihan Gibeon yang dijumpai di Namibia. Terkenal dengan pembentukan kristal nikel-besi, meteorit ini didambakan oleh pembuat barang kemas seluruh dunia. Menggunakan pergerakan Meteorite Co-Axial Kalibre 9300 ia berdiameter 44.25mm dengan tinggi 16.14mm dan rizab kuasa 60 jam telah menarik perhatian para peminat Omega.

JAZZMASTER FACE 2 FACE II

Model kalis air hingga 5 bar ini ditafsirkan dalam jam tangan Hamilton serba baru. Masih mengekalkan pendekatan berani dengan mengetengahkan saiz case besar iaitu 52mm. Dengan case yang boleh diputarkan 180 darjah, satu muka terdapat dail multi-aras dalam luminous, warna kelabu perak dengan cakera telus pada posisi 9. Pada muka sebelah lagi pula, cincin rangka lebih teknikal dengan pergerakan antrasit diserlahkan dalam alter egonya. Dilengkapi rizab kuasa 60 jam, kaunter minit 30 dan kaunter kronograf 12 jam serta tetingkap tarikh-hari pada pukul 3.Hamilton-Face2FaceII-1024x895BREITLING BENTLEY B06 MIDNIGHT CARBON

Model ini dikenali dengan pembuatannya yang eksklusif iaitu sistem “Kronograf 30 saat”. Lagi diserlahkan dalam blackclad edisi terhad kepada 500 utas. Dail memaparkan satu lagi ciri eksklusif dalam instrumennya iaitu tachymeter berubah-ubah, sistem ini memastikan operasi yang jauh lebih unggul daripada tachymeter konvensional. Jam tangan istimewa ini boleh didapati dalam warna hitam.

 1969.5628

Oleh Sufian Sapari, 23 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut