RAIKAN 60 TAHUN KOLEKSI FLAGSHIP LONGINES

Bagi meraikan ulang tahun ke 60 koleksi flagship jam tangan antarabangsa Longines dalam pasaran harologi global, jenama ini tidak ketinggalan mengeluarkan edisi jam tangan eksklusif yang anggun lagi elegan. Jam tangan ekslusif ini turut disarung oleh duta rasmi jenama ini, iaitu pelakon Kate Winslet.

Bersempena Baselworld 2017 serta peristiwa keramat ini, Longines telah memperkenalkan Flagship Heritage – 60th Anniversary 1957-2017 yang mengambil inspirasi dari model flagship yang tersimpan di ibu pejabat pembuat jam tangan Swiss tersebut. Didatangi dengan tiga edisi; besi, emas kuning dan emas ros, model edisi terhad ini menampilkan flaship di belakangnya, sama seperti versi asalnya.

Dengan mode bernombor bersama kaliber mekanikal L609 serta case 38.5 mm, versi emas terhad untuk 60 utas saja, manakala versi beli terhad kepada 1957 utas. Dial perak dihiasi dengan 8 indeks dan 4 angka arab, dengan warna kuning emas dan emas ros. Seakan jam tangan yang asli, belakang jam tangan juga turut ditampal dengan karavel, bersama strap kulit coklat melengkapkanjam tangan luar biasa ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017

 

 

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.