Skip to content

KEPAKARAN BREITLING BERBALAS KEANGGUNAN

Kongsikan artikel ini

Membias karakter maskulin, breitling adalah jenama jam tangan buatan swiss yang berpangkalan di grenchen, switzerland. Diasaskan oleh tukang arloji terbilang, Léon Breitling pada 1884. Identitinya menjulang jam berfungsi kronograf yang direka khusus untuk bidang navigasi penerbangan juga bersimbol status sosial dan kemewahan. Semua juruterbang mengidamkannya kerana setiap garapan terus berpegang teguh pada piawaian tertinggi dalam ketukangan arloji.

1. COLT SKYRACER

Colt membias energi dan jiwa mudanya yang dinamik. Model yang didedikasikan khas buat penggemar aktiviti sukan lasak lagi ekstrem ini dipertontonkan ultra-ringan bersama case yang kukuh hasil penciptaan material tersendiri, Breitlight. Nama kod: Skyracer, ibarat pesawat terbang Breitling penuh ekspresi juga rona di Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull. Jam disempurnakan oleh tali jam getah eksklusif yang boleh ditanggalkan, berfungsi sebagai tali pengukur buat adventurers of all kinds! Harga: RM8,950

2. AVENGER HURRICANE MILITARY

Breitling telah menambahbaikkan lalu mereka semula himpunan Superocean Héritage yang dikhususkan untuk peneroka masa kini. Hasilnya adalah wajah baru berbalas susuk garapan asal bagi menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini. Bezel diperbuat daripada keluli dengan cincin bezel boleh laras yang digarap dari seramik berteknologi tinggi. Jam disempurnakan dalam tali gabungan material kulit dan getah langsung tampil berkilau dalam rona terbaru yakni gangsa dan coklat bersinar. Harga: RM40,050

3. SUPEROCEAN HERITAGE II

Breitling telah menambahbaikkan lalu mereka semula himpunan Superocean Héritage yang dikhususkan untuk peneroka masa kini. Hasilnya adalah wajah baru berbalas susuk garapan asal bagi menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini. Bezel diperbuat daripada keluli dengan cincin bezel boleh laras yang digarap dari seramik berteknologi tinggi. Jam disempurnakan dalam tali gabungan material kulit dan getah langsung tampil berkilau dalam rona terbaru yakni gangsa dan coklat bersinar. Harga: RM25,850

4. SUPEROCEAN 44 SPECIAL

Satu nukilan autentik ‘Ocean Pilot’ dipersembahkan dalam versi keluli yang dilengkapi sama cincin bezel dari seramik berteknologi tinggi. Ditampilkan dalam case berdiameter 44mm, jam memiliki injap keselamatan yang membolehkannya mengimbangi perbezaan tekanan dalam dan luar jam. Bertindak secara automatik dengan mengosongkan helium yang terhasil ketika tekanan berlaku sekali gus mengelakkannya daripada pecah. Harga: RM19,450

Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Zuhairie Sahrom / Gambar & Penata Gaya: Jason Lee

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut