LOUIS VITTON KINI HADIR DENGAN JAM TANGAN PINTAR PERTAMA

Seiring dengan perkembangan teknologi, jenama fesyen Louis Vuitton, tampil buat pertama kali dengan jam tangan pintar yang diberinama Tambour Horizon. Menariknya model ini dijanakan oleh Wear OS dari Google dan perinciannya menggunakan Snapdragon Wear 3100.

Koleksi jam tangan pintar ini memiliki kelebihan yang hampir sama dengan smartwatches yang sedia ada diluar sana seperti memiliki aplikasi kecergasan, kalendar dan lain-lain yang sesuai diguna pakai pada kegiatan harian tetapi masih tampil dengan ciri-ciri tradisional. Malah, logo dan corak LV dapat dilihat pada keseluruhan smartwatches ini.

Harga koleksi model smartwatch ini bermula dari $2,250 (~RM9,261) sehingga $8,500 (~RM34,986).

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.