MONDAINE PERSEMBAHKAN ‘ESSENCE’ – JAM PERTAMA MESRA ALAM GUNAKAN KOMPOSIT MINYAK

Mondaine melancarkan inovasi antarabangsa dalam industri jam tangan dengan siri baharu ‘essence’. Jam tangan pertama yang dicipta menggunakan komposit minyak jarak untuk selongsong, SBB essence Mondaine juga menggunakan getah asli untuk tali dan datang dengan selongsong yang boleh diguna semula diperbuat daripada PET yang dikitar semula.

Mondaine essence (PRNewsfoto/Mondaine Watch Ltd.)

Dengan SBB essence, Mondaine mempamerkan bukan sahaja semangat inovasi – sebagai syarikat jam tangan pertama yang cuba menggunakan minyak jarak dalam pembuatannya – tetapi juga memberikan isyarat yang jelas terhadap kelestarian dan meningkatkan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam.

Asas estetik SBB essence yang jelas dan menarik sama pentingnya dengan kematanan moden yang sebenar.  Meraikan cara pemikiran dan kehidupan yang mudah, ia menampilkan paparan ikonik jam kereta api Swiss yang anggun dan diperkemas, yang sememangnya terkenal bagi Mondaine.  Dalam gaya yang tak lapuk dek zaman, ia menggabungkan hasil kerja tangan Swiss yang klasik dengan kaedah pembuatan yang inovatif. Komposisi utama essence ialah bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui:  Selongsongnya diperbuat daripada 70% minyak jarak dan gentian kaca, dan tali jam diperbuatkan daripada kira-kira 40% getah asli. Mondaine mengambil pendekatan yang holistik terhadap idea kitaran sumber.

Oleh itu, essence dibekalkan dalam kemasan lembut seakan-akan kain felt kelabu diperbuat daripada botol PET yang dikitar semula yang boleh digunakan semula sebagai selongsong perlindungan bagi telefon mudah alih, cermin mata gelap dan banyak lagi.

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.