Barisan HydroConquest yang ikonik garapan Longines memenuhi jangkaan setiap individu dengan kepraktisannya di laut lepas. Secara tidak langsung, mengekalkan keanggunan ketukangan buatan Swiss.

Demikian, siri jam tangan HydroConquest melestarikan susuk gaya tradisional seutas jam tangan menyelam agar memenuhi keperluan unik sukan akuatik ini. Ciri-ciri khusus yang melengkapi koleksi ini adalah kalis rintangan air sehingga pada kedalaman 300 meter, bezel berputar sehala, crown bersekuriti screw-down juga pada belakang case. Selain itu, disempurnakan dengan gancu lipatan keselamatan berganda bersama sistem ekstensi bersepadu.

1 of 7

Barisan Longines HydroConquest 2019

1 of 7