Skip to content

OMEGA MERAI LEGASI PERAKAM WAKTU

Kongsikan artikel ini

Rumah arloji Omega sudah menjadi perakam waktu rasmi untuk 27 kali temasya sukan Olimpik. Sejak tahun 1932 lagi, Omega mengendong komitmen bagi memperkukuhkan profil jenamanya di dalam mentakrifkan seutas jam tangan yang dialiri ketepatan, inovasi serta kesungguhan. Terus, memperlihatkan usahanya yang berterusan.

Tahun ini mencatatkan 86 tahun usaha Omega memartabatkan warisanketukangan hasil  kearifan para pembuatnya. Omega berbesar hati membentangkan jam tangan himpunan Sukan Olimpik Seamaster. Di mana ia meraikan keunggulan juga warisan sebagai perakam waktu dengan lima variasi utas jam tangan yang digarap mengikut setiap rona cincin berjalin, lambang temasya sukan tersohor ini. Rona hitam, kuning, hijau, biru dan merah ini membiaskan spiritnya yang energetic tatkala mencedok inspirasi dari beberapa jam randik lama ciptaan Omega.

Termasuk pada acara tahun 1976 di Montreal and Innsbruck. Ia ditampilkan pada permukaan jam yang berkubah lalu dail jam yang berlamankan rona hitam supaya dibaca dengan sekilas pandangan. Jarum pemasa pula digubah sporty dengan penunjuk waktu diolah sedikit tebal serta trek minit yang kontras pada lingkaran luar warna putih. Bagi meningkatkan semangat atletiknya, jam dipaparkan sama penghitung detak nadi mengikut setiap satu lambing rona cincin Olimpik.

Jam ini disempurnakan dengan tali kulit berlubang mikro baik untuk gaya serta bertujuan bagi menganginkan kulit pemakainya. Dikuasakan dengan kaliber Master Chronometer 8800, hanya ditampilkan 2032 utas bagi setiap model yang merujuk kepada komitmen Omega sebagai Perakam Waktu.

Oleh Editorial GL, 1 Ogos 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut