PEMILIHAN STRAP YANG BETUL UNTUK JAM TANGAN LELAKI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Jam tangan dan lelaki sukar untuk dipisahkan. Sekiranya wanita bergantung kepada barang kemas, jam tangan pula adalah aksesori utama buat sang lelaki. Namun, pemakaian jam tangan sering kali dianggap remeh khususnya buat kaum adam. Anggapan mereka, hanya sarungkan jam tersebut di pergelangan tangan, and they are good to go! Anda silap. Sebagai contoh, strap atau tali pengikat jam direka menggunakan bahan yang berbeza-beza. Yang pasti, tidak semua strap bersesuaian dengan suasana dan acara tertentu. Jadi, strap mana yang sesuai. GLAM Lelaki ada butirannya.

(Photo credit: fashionpria)

1. GETAH (RUBBER)

Strap yang diperbuat dari getah (rubber) sangat sesuai digunakan untuk kegiatan luar atau sukan. Ini kerana getah tidak menyerap peluh dan kurangkan risiko jam tangan anda bebau. Namun, banyak lagi bahan yang perlu anda ambil tahu.

2. KANVAS

Strap kanvas lebih ringan dan agak berkain. Amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti kasual yang tidak berpeluh.

3. NYLON

Penggunaan hampir sama seperti strap canvas, sangat sesuai untuk acara-acara kasual serta outing.

4. KULIT (LEATHER)

Pada dasarnya, ia sesuai digunakan pada acara formal, semi formal, namun tidak mengapa jika anda memakainya pada acara casual.

5. BESI (STAINLESS STEEL)

Ya, pemakaian strap besi wajib untuk acara formal. Namun uniknya, ia juga bisa dikenakan untuk acara kasua.l. Namun, dielakkan sewaktu aktiviti bersukan. Aktiviti luar serta sukan menuntut anda untuk bergerak bebas dan pantas. Besi kurang lentur dan tidak seperti getah, sedikit sebanyak ianya akan memberi impak dalam rutin dan persembahan anda sewaktu bersukan. Malah, ia berat dan tidak selesa.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

 

 

 

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.