Kredit gambar utama:
Jazeman memakai jam tangan Superocean Heritage B01 Kronograf 44, Breitling.

Jenama jam tangan Swiss, Breitling, sudah pun secara rasminya melantik friend of the brand dari Malaysia yang pertama bagi mereka. And we’re happy to announce, it’s Jazeman Jaafar!

Mula berkecimpung dalam industri sukan permotoran sejak usia enam tahun lagi, Jazeman merupakan atlet pelumba kereta berbakat besar, yang punya nilai-nilai positif yang turut menjadi tunggak jenama Breitling.

“Pelibatan Jazeman bersama Breitling sungguh mengujakan kerana kolaborasi ini bakal meningkatkan daya ketulenan, kredibiliti serta ketukangan kami secara keseluruhan,” kata Alvin Soon selaku Presiden Breitling Aisa.

Jazeman menggayakan Premier B01 Kronograf 42 Bentley, Breitling, dalamwarna British Racing Green.

Sejak penubuhannya pada tahun 1884, Breitling punya reputasi sebagai perintis dalam pembentukan jam tangan kronograf, diperkukuhkan lagi dengan komitmennya terhadap inovasi rekaan dan teknologi. Breitling juga merupakan rumah arloji yang menghasilkan dan membina pergerakan mereka sendiri, dengan setiap model jamnya diperbuat di Switzerland dan berstatus kronometer disahkan COSC.

Spirit inovasi dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan itu juga mencerminkan prinsip-prinsip yang dipegang oleh Jazeman Jaafar.

Jazeman dengan jam tangan Premier Wheels and Waves Edisi Terhad, Breitling.

Biarpun baru berusia 26 tahun, Jazeman Jaafar telah bangkit sebagai seorang atlet lumba kereta Asia yang cukup disegani. Dari momen meraih naib juara keseluruhan bersama pasukannya di Blancpain Endurance Series 2016, di mana Jazeman menjadi orang Asia pertama memenangi suatu pusingan dalam acara itu (dalam pusingan kedua di Silverstone), langsung ke pencapaiannya sebagai pasukan anak Malaysia pertama yang berjaya meraih kemenangan di pentas World Endurance Championship 2018, dalam perlumbaan 6 Hours of Fuji, kelas perlumbaan LMP2.

Jazeman punya bakat dan ketekunan yang menjadi inspirasi dalam mengecapi suatu standard kejayaan dan kemasyhuran. Tak hairanlah, pada Mac tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melantik Jazeman Jaafar sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jazeman Jaafar, GLAM Lelaki Ogos 2014

“Kerjasama bersama Breilting adalah salah satu sorotan terpenting buat saya pada tahun ini,” akui Jazeman, yang pertama kali menghiasi sampul depan GLAM Lelaki edisi Ogos 2014. “Di mana, saya dan Breitling saling akui untuk menguasai kecemerlangan adalah menerusi kesungguhan serta komitmen yang konsisten.”

Tahniah, Jazeman!