Skip to content

REKAAN LEBIH MODEN & MEWAH, JAM UNTUK ANDA

Kongsikan artikel ini
Teks: Sufian Sapari

Jam bukanlah sekadar perhiasan semata-mata. Hari ini, ramai di antara kaum lelaki menjadikan seutas jam tangan sebagai pelengkap gaya mereka untuk tampil lebih gentleman dan mewah. GL membariskan pilihan rekaan jam yang serba eksklusif, khas untuk anda, pencinta jam!

ABSTRAK PSIKEDELIK

l082_03019-dd

Seni fotografi ikonik Bubble daripada jurugambar Perancis, Dani Olivier diadaptasikan menerusi jam tangan edisi terhad Corum Heritage Bubble Dani Olivier. Potret seni bernama “Abstract and Psychedelic Nudes” ini diliputi cahaya berwarna. Kolaborasi yang bermula tahun lalu ini telah menjadikan seni kanvas ke miniatur di atas dail jam. Case berdiameter 74mm disalut dalam PVD hitam. Jam ini eksklusif untuk 88 utas sahaja dan terdapat empat model berlainan bezel, tali dan dail.

KUNCI SIMBOL TENTERA

br-01burning-skull-33

“Tatu” tengkorak pada dail diperkukuhkan lagi melalui dua aras yang dapat memberikan kesan visual mendalam, tengkorak dicipta menggunakan melalui proses tradisional sebagaimana menghasilkan syiling dan pingat. Ilham elemen tatu tentera, dengan motif bunga ros, pisau sabit, jam pasir dan bentuk hati di 4 penjuru tengkorak. Jam tangan Bell & Ross Burning Skull boleh didapati dalam edisi terhad 500 utas dan dapat menggembirakan peminat atau pengumpul jam tangan aneh.

KUASA MAJU KE HADAPAN

01_733-7716-4164-rs-a

Oris Williams Engine “dikahwinkan” bersama kuasa Formula 1 dengan reka bentuk jam tangan teknikal. Koleksi Williams mencerminkan kelajuan, kuasa dan teknologi Formula 1. Berdiameter 42mm, case keluli tahan karat yang digilap kekal seperti koleksi sebelumnya, dengan dua dail menandakan satu anjakan dalam fokus pereka Oris berkembang mencipta jam lebih sporty dan lebih teknikal. Angka di landasan minit pada bahagian dail meniru panel instrument kereta Formula 1 Williams.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut