ROTARI JAM KEHITAMAN IDEAL BUAT JEJAKA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Barisan rotari utas jam tangan berwarna hitam ini memiliki keunikkannya serta magisnya tersendiri. Buat jejaka yang menyarung, masa pasti seakan terhenti apabila anda melangkah masuk.

1. MERAH BERANI

Ia elegan, case yang menarik dilindungi baldu matte pada dial hitam, berpusatkan kaunter minit pada jam 10 dan kaunter saat yang disusun semula pada jam 4 mempersembahkan sesuatu yang berbeza. Beberapa sentuhan merah – di kaunter saat dan pada tali seakan ingin menekankan kemewahan pada jam tangan. Belluna Heures & Minutes Décentrées telah direka untuk member impak yang berkekalan.

2. KEAGUNGAN THE URUSHI DIAL

Dial telah dibikin di dalam studio master dalam ketukangan Issu Tamura di Kanazawa di sebelah Barat Honshu, pulau utama di Jepun. Seiko menggunakan seni lama Urushi bagi mencipta lakuer berwarna hitam. Model automatik ini turut dikontrakan bezel perak matte dan dial hitam.

3. TERNYATA MAGIS

Apabila Hublot mencipta semula keajaiban seutas jam tangan transparensi maka terjadilah Hublot Big Bang Unico Magic Sapphire. Jam ikonik ini lutsinar pada bezel dan case berdiameter 45mm dengan kristal nilam yang digilap. Crown dan push piece -nya daripada titanium yang kemasan satin. Ia kalis air hingga 5ATM atau 50 meter. Manakala dial hitam matte, skeleton pada rizab kuasa 72 jam. Turut tersedia tetingkap tarikh pada kedudukan 3.

Oleh Editorial GLAM Lelaki

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.