Skip to content

THE BEAUTY OF BRONZE

Kongsikan artikel ini

Satu aloi logam yang anti-magnetik, kuat dan tahan karat, gangsa atau bronze antara material yang menjadi trend di Baselworld 2017. Juga digemari kerana pesona vintaj pada warna semulajadinya yang berubah mengikut usia, kami senaraikan beberapa model jam Baselworld 2017 yang menerapkan trend ini.

1. NAVITIMER RATTRAPANTE, BREITLING

Antara mekanisme jam paling sukar adalah pergerakan kronograf split-seconds. Untuk Baselworld 2017, Breitling melewati pergerakan ini – yang dimajukan dan dihasilkan mereka sendiri – dalam model klasik Navitimer. Memegang kaliber kronograf selfwinding split-seconds Caliber B03 (COSC-certified), model  Navitimer Rattrapante didatangkan dalam case keluli 45mm juga edisi terhad red gold 18K (250 utas, dengan case belakang kristal nilam transparen). Kedua-dua model tampil dengan dail eksklusif diwarnakan bronze melatari indeks dan inner bezel warna perak. Sentuhan unik: logo jenama dibahagikan dua, kepada huruf B dan sauh, diletakkan di hujung setiap satu jarum saat.

2. PILOT EXTRA SPECIAL CHRONOGRAPH, ZENITH

Satu ekspresi warisan wira-wira penerbangan, jam kronograf Pilot ini punyai case 45mm diperbuat daripada gangsa dengan dail hitam hasil bagas pasir dipadankan dengan tali kulit nubuck dalam hijau khaki menghidupkan semula pesona retro. Dikuasai Pergerakan Primero Calibre 4069, dengan rizab kuasa minimum 50 jam.

3. KONTIKI BRONZE MANUFACTURE, ETERNA

Pada 1947, peneroka Norway, Thor Heyerdahl, merentasi Lautan Pasifik hanya menggunakan rakit. Kala itu, keenam-enam ahli ekspedisi memakai jam Eterna. Kini, meraikan ulangtahun ke-70 ekspedisi KonTiki itu, Eterna mengeluarkan jam KonTiki Bronze Manufacture (edisi terhad 300 utas) dengan case gangsa 44mm dengan bezel seramik hitam dilengkapi tali kulit kalis air. Kaliber Maison Eterna 3902A menjadi jantung model ini.

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut

10 JAM TANGAN MEWAH & TERBAIK SETAKAT INI

Bacaan Lanjut
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut