DISAMAKAN DENGAN PRINCESS FIONA, INI KOMEN BALAS BALIK ADELE

​Alahai, kejamnya netizen apabila membandingkan penyanyi popular Adele dengan karekter Princess Fiona dari filem animasi popular terbitan Dreamworks, Shrek sewaktu majlis Anugerah Grammy yang berlangsung sekitar bulan lepas.

Gambar troll serta komen-komen netizen yang dilihat cukup pedas kini tular di laman-laman sosial, walaupun kejayaannya memenangi 5 anugerah utama, namun busana mewah yang disarungi Adele turut hebat diperkatakan netizen.

Dan kini, Adele yang berusia 28 tahun itu dikhabarkan memberi respon balas balik pada netizen yang menghinanya. Ini kenyataan beliau dalam satu temubual bersama dengan media antarabangsa baru-baru ini.

‘Saya langsung tak peduli. Ia adalah busana mewah dari Givenchy! Mereka boleh terus berkata apa saja. Saya juga bersenam. Ya, jelas sekali saya seorang wanita berbadan besar dan suka makan. Namun saya juga bersenam dua kali sehari bagi memastikan saya muat dalam busana tersebut, dan saya rasa ia kena dengan tubuh saya’.

Sumber: news.com.au

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mac 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.