IKLAN SUPERBOWL COCA COLA BERMESEJ ‘DIVERSITY’ UNDANG SEBAK

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Selain persembahan epik Lady Gaga sewaktu selingan dan kemenangan 5 kali pasukan Patriots, iklan-iklan Superbowl yang ditayangkan sebelum berlangsungnya kejohanan tersebut turut mendapat perhatian. Yang pasti antara banyak-banyak iklan yang ditayangkan, iklan dari Coca Cola yang bikin netizen berkata-kata sehinggakan ada yang mengakui sebak dan teruja.

coke-2017

Iklan yang berdurasi seminit ini menangkap momen-momen mengenai Amerika Syarikat, termasuklah kepelbagaian atau ‘diversity’. Iklan tersebut menampilkan kepelbagaian landskap Amerika termasuk masyarakat dari semua peringkat umur termasuk variasi etnik di mana lagu ‘America The Beautiful’ menjadi latar dan dinyayikan dalam beberapa jenis bahasa, termasuk imej wanita berhijab.

Ironinya, iklan ini ditayangkan sejurus selepas isu perundangan kontroversi yang melibatkan pendatang Islam yang dikeluarkan oleh Trump. Iklan ini ternyata mendapat respon yang sangat positif di laman-laman sosial di mana ramai seleberiti yang memuji. Tahniah Coca Cola!

Capturegsg

Saksikan iklan penuh Coca Cola di pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Februari 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.