Skip to content

INI FAKTA MENARIK TENTANG VIDEO TEMURAMAH BERITA BBC YANG VIRAL

Kongsikan artikel ini

Sekiranya anda duduk di bawah tempurung sepanjang minggu lepas, pasti anda terlepas melihat video temuramah BBC bersama dengan seorang profesor yang tular dan mendapat perkongsian hebat di laman sosial. Video yang dimuat turun oleh BBC di laman YouTube rasmi saluran berita tersebut sehingga ke hari telah mendapat 12 juta tontonan tidak sampai 3 hari!

Rata-rata ramai yang terhibur dengan telatah anak-anak seorang profesor yang meluru masuk sewaktu sesi temu bual siaran langsung tersebut. Jadi, kami di GLAM Lelaki tidak terkecuali untuk menyingkap 5 fakta menarik tentang insiden tersebut.

1. PROFESOR ROBERT KELLY POPULAR SEKELIP MATA!

Buat anda yang tidak tahu, lelaki yang ditemuramah oleh BBC tersebut adalah Associate Professor Robert E. Kelly, seorang profesor dalam bidang sains politik di Universiti National Pusan, Korea Utara. Profesor tersebut ditemubual bagi mengulas tentang isu-isu pergolakan politik semasa yang sedang dihadapi oleh Korea Utara.

2. TELATAH SI CILIK

Sekiranya anda dapat saksikan melalui video tersebut, anaknya yang pertama, Marion berumur 4 tahun yang memakai jumper kuning dan bercermin mata, terlebih awal masuk ke dalam pejabat bapanya itu, memandangkan pintu tidak berkunci. Kemudian, diikuti pula anaknya, James berumur 9 bulan yang berada dalam baby-walker, menganggu temubual ayahnya itu dengan gaya yang sangat melucukan.

3. ISTERI JADI PENYELAMAT

Video yang lucu ini sampai ke klimaksnya apabila muncul seorang wanita yang datang memasuki ke pejabat itu secara senyap-senyap bak perisik handalan merentap kedua-dua kanak-kanak comel itu lalu membawa mereka keluar dengan segera. Sekiranya anda nak tahu, wanita itu bukanlah orang gaji mahupun babysitter Profesor Robert. Wanita tersebut adalah isteri kepada beliau, Kim Jung-a, seorang wanita yang berasal dari Korea Utara.

4. SALAH FAHAM 

Berdasarkan laman web goodyfeed.com, terdapat satu alasan kukuh kenapa kedua kanak-kanak tersebut meluru masuk ke dalam pejabat bapanya. Ini kerana, khabarnya melalui temubual bersama ibu Profesor Robert, Ellen Kelly, mereka sekeluarga sering kali ber ‘skype’ dengannya apabila terdapat masa lapang. Jadi, berkemungkinan besar kedua kanak-kanak tersebut beranggapan bahawa ayahnya sedang bercakap dengan nenek mereka!

5. INI RESPON TERKINI PROFESOR ROBERT KELLY

Melalui akaun Twitter, Pihak BBC telah meminta kebenaran dari Profesor Robert Kelly untuk berkongsi video tersebut, dan ini respon beliau..

Bagi anda yang masih belum menyaksikan video tersebut, layari pautan di bawah.

 

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT

Bacaan Lanjut

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut