KLFW ’16 HARI PERTAMA & KEDUA : ‘ACT CASUALLY’ ADALAH KOD KATANYA

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sekali lagi menyengat kalendar sosial lokal. Berkumpulnya pemain-pemain kuat fesyen tempatan – daripada media ke pembeli fesyen ke selebriti sehinggalah sosok-sosok yang tak tahu apa sumbangannya kepada industri fesyen kita. Walau apapun, semua mereka ini jugalah yang mewarnai gelanggang fesyen kita.

Teks: Ardi Idewani Zaini
IMG_1572_edit

Belakang pentas koleksi Comoddity. Gambar: Ryan Mohamad

Menariknya KLFW tahun ini, himpunan lelaki pula menjadi pembuka pentas hari pertama. Terlihat wajah-wajah lelaki lokal datang bertandang, tanda sokongan buat jenama lelaki tempatan. Tidak hairan mengapa hari pertama sahaja ada dalam lebih tiga jenama lelaki dipentaskan. Malaysia’s menswear is a booming market now?

Secara am, boleh disimpulkan ‘casual game strong’ di atas pentas lelaki untuk hari pertama dan kedua KLFW. Dipengaruhi budaya gaya jalanan, dicampur entiti kasual musim panas dan jujukan stail yang tidak begitu rumit. Barangkali pasarannya bertepatan dengan selera ‘iklim panas’ kita. Mungkin. Prinsip ‘Business at the front, party at the back’, turut mengatur estetika menswear kali ini. Di mana fokus pereka-pereka diberikan kepada princian pada belakang bodice, mencadangkan elemen kejutan.

Menyentuh fasal pembuka pentas, lega rasa hati bila Meg KL dipilih sebagai ‘opening’. Himpunannya cukup padu! Warna-warna semulajadi, hijau militari dan tiada palet mengejut. Denim turut diselitkan, bagi menjulang estetika kasual yang cuba diketengahkan. Potongan bersih, tiada penataan gaya berlebihan. Just clean and straightforward – kemeja  longgar dengan seluar potongan slim, kemeja T siluet besar dengan seluar potongan slim dan sut dipakai bersama kemeja T putih. Mencerminkan imej lelaki lokal ultra moden, yang mengkehendaki  faktor keselesaan dalam susun atur penggayaannya.

IG_MEG KL

Belakang pentas koleksi Meg KL. Gambar: @meg_kl

Hipster by Zery Zamry bergelumang dalam angan idealistiknya fasal Fairytale. Langsung, Zery cuba mengolah estetika ‘magis dalam fesyen’  – menjelaskan corak bintang pada ceraian baju panasnya, kerna mahu dikaitkan dengan tema. Dan magis ini diteruskan lagi dengan mainan palet warna terang, dipadukan bersama warna emas, hijau militari dan motif corak haiwan untuk mengimbangi mainan warna-warna ini, cubaan Zery untuk berinovasi. Disuntikkan dengan fahaman ‘hipster’,  jejaka-jejakanya hadir dalam mod agresif dan ditambah lagi palitan aspek sporty, bukan hanya menepati musim sukan Olimpik Rio, malah akur dengan pasaran lelaki sekarang yang sukar dikekang dengan sportswear.

IG_zery

Antara koleksi Hipster by Zery Zamry. Gambar: @zeryzamryofficial

Rejim Nasty Inc pula datang menyerbu dalam himpunan serba hitam dan serba ringkas. Street style and skater boys all the way. Merai erti sebenar gaya jalanan. Perincian-perincian yang melambangkan ‘pemberontakan’ – dari segi corak-coraknya dan seni tampalannya – mendukung identiti Nasty Inc. Ia ditutup dengan kehadiran model lelakinya ‘membaling’ duit RM 100 palsu dengan logo tengkorak, sekurang-kurangnya ada sedikit drama.

IG_nasty

Nasty Inc. di KLFW2016. Gambar: @nastyinc

Berani adalah nama panggilan buat Moto Guo. Moto membawa pengalaman Milan-nya ke minggu fesyen Kuala Lumpur. Model-model lelakinya masih lagi dioles seakan-akan wajahnya raw dan berjerawat (grooming yang sama disaksikan di Milan). Himpunannya saban musim tidak pernah tak segar. Ada saja tema, penggayaan dan rekaannya. Yang paling dia pentingkan, siluet… siluet dan siluet! Bulkier, bolder, chunkier, bigger. Perincian feminin diadun, memerihalkan idea keseluruhan yang ada nilai whimsical. Lari daripada kod masculinity sebenar. Selain itu, fabrik corak checks mikro turut dipersembahkan – idea dicolek daripada kain alas berkelah – kena dengan temanya, Picnic In the Society.

klfw_moto

Koleksi Moto Guo di KLFW2016. Gambar: KLFW2016

Sekali lagi, legasi kasual dilestarikan di hari kedua. Comoddity memperjuangkan elemen dreamy pada persembahan gayanya. Model-modelnya berjalan berkaki ayam. Dan aksesori ranting kayu…? Kerana perekanya, Vincent Siow mahu jejaka-jejakanya seakan-akan menikmati alam semulajadi dalam sikap acuh tak acuh. Jadi, bila alam semulajadi adalah fokusnya, dia hubungkan semua itu dengan inspirasinya yang berkaitan dengan budaya kaum Iban. Itu menjelaskan mengapa motif corak bunga terung pada ceraian-ceraian jaket bomber, kemeja T dan sut. Kemeja T Comoddity mencorakkan bunga terung secara literal yakni pada kedua-dua bahu, ala lelaki Iban. Sudah tentu, yang menjadi highlight adalah sut penuh corak bunga terungnya.

IMG_1552IMG_1568IMG_1558
Belakang pentas Comoddity. Gambar: Ryan Mohamad

Dan bercakap fasal ilham street style dan pemberontak pada hari pertama (di pentas Nasty Inc), aura yang sama dirasai di atas pentas JTNC by Justin Chew. Justin dipengaruhi sedikit semangat kesukanan. Hoodie, jean, jaket denim, kemeja T besar dan sudah tentu, stoking! Kami suka dengan ideanya yang menggabung padan jingga dan hitam yang nampak berjaya pabila disatukan. Atmosfera yang dilihat pula lebih kepada attitude si lelaki yang laid-back dan seolah-olah nampak seperti individu yang ‘he knows what he’s doing’. Seluar jean yang koyak rabak dengan hemming dipotong senteng sehingga terkeluar raw edges, benar-benar menterjemahkan lelaki yang tidak kompleks daya pemikirannya.

IMG_1609

Belakang pentas koleksi JTNC BY Justin Chew. Gambar: Ryan Mohamad

IMG_1597 IMG_1600 IMG_1607 IMG_1606

justinchew

Antara koleksi JTNC BY Justin Chew. Gambar: Ryan Mohamad

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.