Skip to content

LEGIT VS FUFU, NAMUN HINA SANGATKAH ARTIS MENAYANG BARANGAN TIRUAN?

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, kemunculan sebuah akaun Instagram yang mendedahkan beberapa selebriti dan Insta Famous menayang barangan jenama tiruan mendapat perhatian luar biasa netizen, termasuk penulis sendiri. Berani, betul-betul berani! Itu tanggapan penulis kepada pemilik akaun Instagram tersebut yang mengelarkan diri mereka, Street Wear Busta MY atau @streetwearbustamyisback, sehingga mendapat publisiti meluas bukan saja dari golongan selebriti yang dah ‘terkena’, namun termasuk fans dan fashion people in our industry. Legit, dalam erti kata lain ‘asli’, dan fufu pula berasal dari perkataan Itali iaitu ‘fugazi’, yang bermaksud palsu, atau fake.

Correct me if I’m wrong, namun jika tidak silap ini merupakan pertama kali akaun sebegini (dalam industri tempatan) dihasilkan bagi menganalisis ketulenan item disarung selebriti. Jika di Hollywood, sebenarnya sudah lama wujudnya individu yang ‘menangkap’ temberang seleberiti menyarung item fufu seperti Yeezy Busta yang menyembunyikan identiti untuk tujuan ini. Yeezy juga dilihat gigih menyergah penjual-penjual barangan tiruan dalam beberapa siri video yang dirakamnya.

ARTIS SEBAGAI CONTOH TELADAN

Namun di Malaysia, belumlah lagi sampai ke tahap itu. Cuma sejak kebelakangan ini, ramai juga artis yang terkesan dek pendedahan ini sehinggakan ada yang bersuara menyarankan agar so called movement ini dihentikan. Eh kenapa? Takut? Risau? Namun semua sedia maklum, bukan semua artis itu mampu untuk membeli barangan berjenama asli yang pasti mencecah ribuan ringgit, dan ada pula di kalangan artis yang menayang barangan berjenama ‘fufu’ atas ihsan pemberian peminat.

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa rakan-rakan artis yang punya pendapat sendiri, seperti Neelofa dan Michael Ang. Dalam satu laporan portal baru-baru ini, Neelofa menyarankan artis agar usah bergaya jika tidak berkemampuan, termasuk pengarah Michael Ang yang menegur artis agar tidak melenting jika produk mereka diciplak.

Persoalannya kini, hina sangatkah seseorang artis bergaya dan menayang barangan tiruan. Adilkah kita tuk menghakimi mereka? Dan bagaimana pula dengan lambakan akaun-akaun Instagram yang dilihat tiada gentar menjual barangan tiruan sehingga ada dari golongan artis yang mempromosikan mereka. Penulis mendapatkan MR.BUSTA, pemilik the real account Street Wear Busta MY bagi mendapatkan lebih pendedahan serta niat di sebalik terciptanya akaun ini.

GLAM Lelaki: Bagaimana datangnya ilham untuk membangunkan laman akaun Instagram ini, dan kenapa? Why now?

STREET WEAR BUSTA MY:  Tujuan utama kami membangunkan akaun Instagram ini adalah untuk membuka mata semua pihak akan kesedaran barangan tiruan dan pemalsuan hak cipta sesuatu barang. Why now? Apa yang kami sedia maklum laman-laman Instagram yang menjual barangan di atas talian tumbuh bak cendawan dan para pengguna Instagram lebih cenderung mempercayai akaun-akaun ini.

GLAM Lelaki: Apakah sebenarnya misi dan visi yang ingin dicapai oleh Street Wear Busta My?

STREET WEAR BUSTA MY:  Misi utama kami adalah untuk menghapuskan gejala pemalsuan sesuatu barangan dan visi kami pula ialah zero counterfeit dalam negara kita.

GLAM Lelaki: Fake branded items yang dipakai oleh selebriti. Pandangan peribadi anda tentang fenomena ini? Is it that bad?

STREET WEAR BUSTA MY:  Pada pandangan kami ianya tidak patut berlaku kerana para selebriti wajar menunjukkkan contoh yang baik kepada semua pengikutnya. Ini secara tidak langsung mencemarkan maruah diri seseorang selebriti itu. Tambahan pula, ada selebriti tidak segan silu mempromosi kan sesuatu barangan tiruan kepada pengikutnya dan perkara ini berlaku terang-terangan di laman Instagram mereka. Para selebriti kerap merungut karya mereka tidak mendapat sambutan dan diiktiraf oleh masyarakat kerana berlakunya gejala cetak rompak, namun ironinya mereka sendiri menyokong pemalsuan barangan seperti pakaian dan item yang disarung.

GLAM Lelaki: Ramai sebenarnya yang ingin tahu bagaimana pihak anda boleh mengecam sesuatu barang tersebut ‘fake’ atau tidak? How you manage to do that convincedly?

STREET WEAR BUSTA MY: Berdasarkan penilitian oleh pihak kami dan rakan-rakan profesioanl yang terlibat, kami berupaya mengenal pasti ketulenan sesuatu produk yang dipersembahkan oleh para Instafamous dan selebriti. Penelitian ini bukan hanya berdasarkan mata kasar semata-mata. Kami membuat penilitian berdasarkan pengalaman dan mempelajari skill penelitian sesuatu jenama. Ada beberapa individu yang memainkan peranan penting untuk meneliti item si pemakai dan dari mana sources barangan itu.

GLAM Lelaki: Cabaran yang dihadapi anda dalam mencipta kesedaran tentang barangan tiruan?

STREET WEAR BUSTA MY: Cabaran yang kami hadapi adalah cemuhan, makian daripada para haters yang tidak dapat menerima kenyataan akan kelantangan kami menolak gejala fake items di pasaran. Malah kami sendiri pernah menerima ugutan bunuh dalam direct message kami kerana kami membongkarkan gejala penjualan barangan tidak tulen.

GLAM Lelaki: Harapan Street Wear Busta My?

STREET WEAR BUSTA MY: Harapan kami adalah untuk melihat Malaysia tidak dibanjiri dengan barangan tiruan dan dicop sebagai negara kedua untuk hub pemalsuan barangan selepas China. Kami juga berharap agar semua pihak berkuasa yang terbabit (KPDNKK dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) mengambil tindakan sewajarnya buat para peniaga yang menjual barangan tiruan dan mohon tiada kompromi lagi. Jika tidak mampu beli yang original, support lah product designer tempatan. Dari membazir beli barang tiruan RM70-RM500, lebih baik beli barangan local yang pasti sudah asli. Terima kasih.

Sejujurnya, penulis beranggapan langkah diambil oleh movement persis STREET WEAR BUSTA MY bagi menangkis fenomena barangan tiruan yang kini dilihat berleluasa di pasaran, termasuklah atas talian seakan perlu bagi membuka mata dan mendidik masyarakat. Cuma nasihat penulis agar pendekatan diambil perlulah berhemah agar kedua-dua pihak tidak berbalah dalam soal ini, dan seterusnya menjadikan Malaysia aman dan damai, bebas dari gejala barangan tiruan ini. Berhemah dalam erti kata lain mungkin boleh dicensored wajah mereka tanpa perlu provokasi berlebihan. Buat rakan-rakan artis pula, mungkin tidak salah untuk anda menyarung barangan tiruan asalkan tidak mempromosikannya di laman sosial peribasi masing-masing, okay? Peace!

#Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili GLAM Lelaki.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Ogos 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut