Skip to content

LINDSAY LOHAN PELUK ISLAM?

Kongsikan artikel ini

Biar betul!? Adakah ini benar-benar terjadi? Lindsay Lohan, pelakon penuh kontroversi dikhabarkan sudah memeluk Islam. Buktinya, baru sebentar tadi, Lindsay Lohan bertindak memadamkan semua gambarnya di Instagramnya dan di profilnya kini tertulis ‘Alaikum salam’ (‘kesejahteraan ke atas kamu’). Jika ini benar, apa yang menyebabkan Lindsay Lohan bertindak sedemikian. Angin tiada, ribut tiada masakan Lindsay benar-benar nekad?

IMG_4931

Akaun Instagram Lindsay Lohan sekarang.

 

Khabar terbaru sebelum berita mengejutkan mengenai Lindsay adalah, beliau dikatakan cukup teruja untuk kembali semula berlakon dan  mengharapkan agar filem Mean Girls akan kembali di layar perak. Buat pengetahuan, filem arahan Tina Fey itu berjaya menjulang populariti Lindsay sebelum ini dan dilakon bersama Rachel McAdams dan Amanda Seyfried.

Dan sebelum ini dikhabarkan oleh pihak pengurusan Lindsay atau lebih mesra dikenali sebagai LiLo memberitahu beliau kini sedang dalam fasa ‘pembaharuan’ dan mengakui tertarik dengan ajaran Islam, melalui temubualnya dengan media antarabangsa sekitar tahun lalu. Malah, temuabualnya bersama DailyMail, Lindsay ada menyebut yang dia kini sedang menjalani ‘babak’ baru dalam kehidupannya.

Melalui laman web emirateswoman.com, Lindsay kini berada di Dubai bersama sahabat baiknya, blogger gaya hidup, Karen Wazen Bakhazi menghabiskan masanya melakukan kerja sukarela di kem-kem pelarian di Turki, dan berimpikan untuk menubuhkan syarikat produksi sendiri di Dubai. Dan ini respon Lindsay apabila ditemubual bersama CNN Abu Dhabi:

“I’ve met amazing women [here] that are really strong and have taught me a lot … I don’t think people realise how accepted it is for a woman to be a strong woman in the UAE. It is a very appreciated thing.”

lindsay-lohan

Gambar Lindsay Lohan bersama dipercayai salah seorang pelarian di UAE. (Photo: Instagram @lindsay lohan / emirateswoman.com

15967358_1405206716156743_155580619_o

15992035_1405206749490073_2006434324_o
Imej dan wajah baru Lindsay Lohan lengkap bertudung juga turut disiarkan di laman Instagram @international_muslim_women, malah hashtag #welcometoislam turut digunakan.  Berdasarkan temuramah Lindsay bersama Haber Turk untuk siaran Turkish TV, Lindsay ada menyebut sesuatu mengenai Al-Quran. Ini ayat-ayatnya:

“The Quran opened doors for me to experience spiritually, to find another true meaning. This is who I am.”

Apa-apapun, kami dari GLAM Lelaki mengharapkan yang terbaik buat Lindsay Lohan dan terbuka dengan apa saja keputusannnya. Anda rasa bagaimana?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Januari 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut