USAHAWAN BERJAYA PERLU ADA 3 APLIKASI INI

Anda seorang usahawan? Jika anda merupakan salah seorang ahli perniagaan, pastinya terdapat banyak perkara yang perlu anda senaraikan agar perniagaan yang anda usahakan itu lancar tanpa sebarang masalah. Adakala pengurusan yang tidak cekap mampu memberi efek kepada produktiviti dan seterusnya akan mengundang masalah di kemudian hari.

Bagaimana caranya untuk anda menghadapi semua ini? Di era zaman teknologi masa kini, rupa-rupanya ada aplikasi-aplikasi yang diciptakan khas buat usahawan yang boleh membantu bagi mencapai sasaran atau matlamat yang diperlukan dalam perniagaan. Ya, ini dia 3 aplikasi penting yang perlu dimuaturun oleh semua usahawan.

1. MOTIVIATION DAILY AND POSITIVITY AFFIRMATIONS

Ya, kita mulakan dengan aplikasi yang membantu dalam memberikan semangat serta membuka minda dan akal anda, dengan menyediakan ratusan bicara atau ‘quotes’ dari beribu insan-insan berjaya di seluruh dunia. Jika anda sedang mencari ledakan motivasi bagi memastikan anda kekal di landasan dalam mencapai matlamat penting dan impian, maka aplikasi ini adalah dikhaskan untuk anda. Ia hadir dalam bentuk format yang mudah untuk diselaraskan dan sangat mudah untuk digunakan.

CaptureSAFF

2. POCKET

Antara masalah utama usahawan adalah kurang mahir dalam menyusun atur dokumen-dokumen penting. Jangan risau, dengan adanya aplikasi Pocket, aplikasi yang terkenal dengan tagline ‘save for later‘ ini membolehkan anda untuk menyimpan artikel-artikel  berguna, video-video yang menarik serta sebarang kandungan lain yang anda ingin untuk kegunaan masa depan. Jadi, anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda ingin mencarinya kembali.

CaptureSFSDF

3. SALESFORCE1

Apabila berbicara mengenai usahawan, sales is always comes first! Jadi, sebaiknya anda menggunakan aplikasi Salesforce1 ini yang terbukti membantu anda dalam mengenalpasti pelanggan yang berpotensi serta memperkemaskan proses mencapai peminat atau pelanggan anda dengan menyusun serta menjadualkan kandungan di rangkaian media sosial. Dengan satu klik sahaja, anda boleh berkongsi pelbagai kandungan merentasi pelbagai rangkaian sosial dan memastikan bahawa ia disiarkan pada masa yang optimum supaya lebih ramai pengikut akan melihat kemaskini dan perkembangan perniagaan anda.

CaptureAFSFS

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.