5 PERSAMAAN ZAYN MALIK DAN GIGI HADID YANG TIDAK SEMUA TAHU

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Siapa yang tidak mengenali dengan pasangan selebriti muda yang kini semakin dikenali ramai, iaitu Zayn Malik dan juga Gigi Hadid. Kedua-dua merpati sejoli ini sering menjadi pilihan media-media antarabangsa untuk dijadikan liputan dek keserasian serta personaliti mereka yang disenangi ramai.

Zayn yang mula dikenali sejak menganggotai kumpulan pop popular One Direction dan kini tampil solo telah berjaya melonjakkan namanya dalam persada hiburan Hollywood. Manakala Gigi Hadid pula adalah model on demand masa kini di mana sentiasa menjadi pilihan-pilihan utama pereka fesyen terkemuka dunia untuk berjalan di fashion show mereka. Seperti ditakdirkan bersama, padanlah mereka serasi. Rupa-rupanya banyak persamaan antara mereka yang tidak ramai yanh tahu. GL senaraikan 5 persamaan mereka yang harus anda tahu.

gigi-zayn-fb

(Photo credit: teenvogue.com)

1. BUKAN NAMA SEBENAR

Kebanyakkan selebriti memang tidak menggunakan nama asal mereka as a stage name. Ya, ini menjadi persaman pertama antara Gigi Hadid dan Zayn Malik. Nama asal Gigi Hadid adalah Jelena Noura Hadid, manakala Zayn adalah Zain Javadd Malik. Wah, talking about meant to be! 

hulu_gigizayn_060816

(Photo credit: etonline.com)

2. KEDUA-DUANYA BERDARAH CAMPURAN

Siapa menyangka, Gigi Hadid dan Zayn Malik sama-sama berdarah campuran. Gigi Hadid lahir dari perkongsian hidup Mohamed Hadid dan Yolanda Foster, di mana kedua mereka berasal daripada Palestin dan Dutch. Sementara itu, ayah Zayn, Yaser Malik merupakan British Pakistan, manakala ibunya, yang bernama Tricia berketurunan Inggeris.

Capturedgdg

3. MEMILIKI KELUARGA BESAR

Ya, persamaan yang cukup ketara. Zayn dan Gigi juga sama-sama berasal dari keluarga yang besar. Dan lebih mengagumkan, kedua-dua mereka tinggal berdekatan dengan keluarga masing-masing.

gigi-hadid-family

zayn-malik-family

4. BERZODIAK BUMI

Dipercayai ada tiga zodiak yang melambangkan bumi, iaiti Capricorn, Taurus dan Virgo. Zayn lahir pada 12 Januari dan berzodiak Capricorn, manakala Gigi pula berzodiak Taurus, lahir pada 23 April. Berdasarkan Astrology.com, pasangan yang lahir di antara-antara tiga zodiak ini sering kali dianggap sensual, setia dan mudah didekati. Walaupun adakalanya dianggap degil, memandangkan mereka berdua kini bersama padanlah mereka serasi bersama.

PARIS, FRANCE - OCTOBER 02: Zayn Malik and Gigi Hadid attend the Givenchy show as part of the Paris Fashion Week Womenswear Spring/Summer 2017 on October 2, 2016 in Paris, France. (Photo by Dominique Charriau/WireImage)

(Photo credit: Dominique Charriau/WireImage)

5. KEDUA-DUANYA BERDARAH ISLAM

Kami tidak mahu menyentuh soal rutin dan ritual harian mereka, namun yang pasti mereka berdua berdarah Islam. Ayah Zayn Malik, warga Palenstin dan ayah Gigi, Mohammed Hadid seorang pemeluk agama Islam. Hmmm..

gigi-hadid-zayn-malik-vogue

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Februari 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.