8 FAKTA TENTANG MARIA OZAWA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Sekitar minggu lepas, tular di laman-laman sosial mahupun sesawang tentang kehadiran seorang wanita anggun dan cantik, tiba di Kuala Lumpur, sehinggakan bikin netizen menggila seketika. Pengumuman kehadirannya oleh dirinya sendiri di laman Instagramnya mendapat reaksi netizen yang rata-rata cukup teruja tentang kedatangannya. Namun, siapakah gerangan wanita itu? Meet Maria Ozawa, seorang bekas bintang filem pornografi dari Jepun yang difahamkan cukup popular suatu ketika dahulu. Oleh itu, GL terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam dan ini dia 8 fakta tentang Maria Ozawa.

1. Maria Ozawa dilahirkan 8 Januari 1986 dan dia adalah seorang pelakon pornografi (adult video atau filem lucah untuk tontonan dewasa) yang terkenal, menggunakan nama pentas, Miyabi. Maria dilahirkan di Hokkaido Jepun. Ibunya seorang warga Jepun, manakala bapanya seorang yang berbangsa Perancis dan beketurunan Kanada.

2. Maria Ozawa mulai terlibat dengan kegiatan berlakon dalam filem-filem AV sejak usianya masih muda. Pada tahun 2005, Maria memulakan kariernya sebagai Miyabi di salah satu syarikat pernhasilan foto dan video AV dan menandatangani kontrak tersebut pada usianya 19 tahun.

3. Maria pertama kali diperkenalkan dalam industri AV melalui sahabat baiknya. Akibat dari keputusan yang dibuat, Maria diusir dari keluarganya sendiri dan sehingga hari ini Maria tidak lagi berhubungan dengan keluarga termasuk teman-teman rapatnya.

4. Selain membintangi filem-filem AV, Miyabi juga aktif dalam filem-filem V-cinema, filem-filem V-Cinema, MTV Jepun, dan di Yokohama Hip Hop Group sebagai model dalam video klip lagu Summer Time in the D.S.C.

5. Maria Ozawa khabarnya kini sudah menetap di Manila. Filiphina sejak April 2015 dan sudah berhenti dari terlibat dalam mana-mana filem AV. Maria kini dilihat cukup aktif sebagai seorang pelakon filem dan sering kali muncul dalam beberapa siri tv di sana. Maria juga turut menjadi model untuk beberapa produk kecantikan. Walaupun Maria sudah dikatakan berhenti dari terlibat dalam filem-filem sebegitu, namun Maria mengakui sendiri tidak mengalakkan kawan-kawannya untuk terlibat dalam industri itu.

6. Khabarnya, Maria Ozawa yang berumur 31 kini berada di Asia dan sudahpun mempunyai seorang teman lelaki, iaitu seorang chef dan model Jose Sarasola.

7. Pengalaman pertama Maria Ozawa beraksi adalah dalam iklan 30 saat sewaktu usianya 16 tahun.

8. Khabarnya, Maria Ozawa pernah cuba untuk berubah dan bekerja di dalam pejabat namun sebaik saja rakan-rakan sepejabat mengetahui tentang kisah kehidupannya, ramai yang mula menjauhkan diri daripadanya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Mei 2017

 

 

 

 

 

 

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.