ALICIA & SHIKIN WAKILI MALAYSIA DI AsNTM KE-5

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Asia’s Next Top Model (AsNTM) kembali untuk musim yang kelima dan pastinya, Malaysia tidak akan terkecuali daripada mewakilinya. Kali ini, dengan bukan satu, tetapi dua peserta yang bakal berentap dengan 12 lagi gadis-gadis dari seluruh Asia bagi merebut gelaran Asia’s Next Top Model.

Mengikuti jejak langkah Tuti Noor pada musim yang lepas, meet Alicia Amin dan Shikin Gomez. Alicia Amin, gadis berumur 22 tahun, mula menceburi bidang modeling di Australia sewaktu bekerja sebagai pelayan bar di Melbourne.

Asia’s Next Top Model Musim ke-5 – Alicia

Shikin Gomez pula sememangnya tidak asing lagi dalam bidang peragaan di Malaysia kerana seringkali muncul di majlis serta acara peragaan seperti KL Fashion Week. Gadis berusia 24 tahun persis rupa pelakon Nabila Huda ini mengidolakan supermodel Karlie Kloss dan ternyata memiliki keunikkannya yang tersendiri.

Asia’s Next Top Model Musim ke-5 – Shikin

Pertandingan reality TV ini akan dihos oleh hos musim lepas, Cindy Bishop, ditemani oleh jurugambar terkenal Yu Tsai, mentor model Cara Grogan serta bekas Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.

Bakal ditayangkan secara umum pada 5 April 2017, di ASTRO saluran Star World 711, dan Star World HD 712. All the best to our girls!!

Photo credit: Instagram @asntm

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Februari 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.