Skip to content

ARNOLD GANTI DONALD TRUMP

Kongsikan artikel ini

Sebelum beliau ditabal menjadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terlebih dahulu dikenali sebagai seorang bos yang tegas di dalam rancangan realiti The Apprentice. Slogan ‘You’re Fired’ yang diucapkannya sudah sebati dengan rancangan popular tersebut.

Kini, setelah menggalas tanggungjawab mempersiapkan diri memasuki White House, rancangan The Apprentice tetap akan diteruskan dengan edisi terbarunya, The New Celebrity Apprentice. Namun, jangan harap Donald akan kembali duduk di kerusi bos tersebut kerana kini beliau mempunyai pengganti, iaitu tidak lain tidak bukan bintang aksi popular Hollywood merangkap Gabenor California, AS Arnold Schwarzenegger.

5834b68573af0-image

Episode perdana The New Celebrity Apprentice telah pun ditayangkan Isnis lepas di NBC. Persoalannya kini, banyak pihak tertanya adakah Arnold masih akan menggunakan slogan ‘You’re Fired’ di saat peserta dipecat. Namun, slogan Arnold ternyata lebih berbeza dari Trump. Berdasarkan laporan The Hollywood Reporter, slogan Arnold berbunyi, “You’re terminated. Get to the chopper.” yang sinonim dengan filem Terminator lakonan beliau. 

celebrity-apprentice-2017-cast-promo

Walaupun Donald tidak memimpin rancangan The Apprentice kali ini, namun beliau masih duduk di kerusi penerbit untuk rancangan ini.

Konsep edisi kali ini masih sama iaitu setiap minggu, dua kumpulan akan bertanding bagi memenangi tugasan yang ditugaskan khas oleh mereka. Pasukan yang kalah akan kembali semula ke boardroom di mana salah seorang akan di-terminated. 

Antara selebriti yang terlibat dalam rancangan ini adalah Laila Ali, Carrie Keagan, John Lovitz dan ramai lagi. Dan antara advisors Arnold adalah Warren Buffett, Tyra Banks, Steve Ballmer, Jessica Alba dan Patrick M.

capturefjd

Saksikan sedikit sedutan The New Celebrity Apprentice di pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NEVER OUT OF STYLE: 6 AKSESORI LELAKI YANG KEKAL DIMINATI

Bacaan Lanjut

RISIKO PEMAKAIAN KASUT TANPA STOKIN: WHEN & HOW

Bacaan Lanjut

5 JENIS BEG LELAKI WAJIB ADA

Bacaan Lanjut

KENALI SAM ASGHARI, SKANDAL KACAK & ‘BAKAL SUAMI’ BRITNEY SPEARS

Bacaan Lanjut

“SILAP MATA ADALAH PERJUANGAN SAYA” – SOBHI SHAKER, PESERTA ASIA’S GOT TALENT, DARI PENDATANG KINI SEORANG PEJUANG

Bacaan Lanjut

KEPAKARAN BREITLING BERBALAS KEANGGUNAN

Bacaan Lanjut