ATASI CRISTIANO RONALDO, MESSI KINI ATLET TERMAHAL DI DUNIA
Pemain Barcelona, Lionel Messi mengatasi Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, apabila sejumlah AS$127 juta (RM528.9 juta), berdasarkan senarai 100 atlet terbaik yang dikeluarkan majalah Forbes.
Ronaldo pula berada di kedudukan kedua dengan AS$109 juta (RM453.9 juta) diikuti penyerang Paris St-Germain, Neymar dengan pendapatan AS$105 juta (RM437.2 juta).
Bintang tinju, Floyd Mayweather yang mengungguli carta tersebut tahun lepas pula tidak tersenarai dalam senarai Forbes tahun ini. Majalah bisnes Amerika Syarikat (AS) itu mengira pendapatan atlet-atlet tersebut berdasarkan wang kemenangan, gaji dan perjanjian penajaan.
Secara keseluruhan, sebanyak AS$4 bilion (RM16.7 bilion) dibayar kepada 100 atlet termahal dalam senarai Forbes menyaksikan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun lepas apabila Mayweather mengungguli senarai tersebut dengan pendapatan sebanyak AS$285 juta (RM1.2 bilion). Sementara sukan bola sepak Amerika (American football) berada di kedudukan kedua dengan AS$775 juta (RM3.2 bilion) diikuti bola sepak pula dengan AS$607 juta (RM2.5 bilion).
Berikut senarai 10 atlet termahal di dunia bagi 2019:
1. Lionel Messi (bola sepak) – RM528.9 juta
2. Cristiano Ronaldo (bola sepak) – RM453.9 juta
3. Neymar (bola sepak) – RM437.2 juta
4. Canela Alvarez (bola sepak) – RM391.4 juta
5. Roger Federer (tenis) – RM388.9 juta
6. Russel Wilson (bola sepak Amerika) – RM372.7 juta
7. Aaron Rodgers (bola sepak Amerika) – RM371.8 juta
8. LeBron James (bola keranjang) – RM370.6 juta
9. Stephen Curry (bola keranjang) – RM332.3 juta
10. Kevin Durant (bola keranjang) – RM272.3 juta
Sumber: Sinar Harian
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI
Tinjau kehidupan bintang bola sepak tersohor, Ronaldo dan keluarga besarnya selepas tiga bulan menetap di negara Timur Tengah.
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA
Hampir setahun kembali ke padang selepas persaraan, Tom Brady mengumumkan dia akan bersara buat kali terakhir dalam hidupnya.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI LEO MESSI
Tahukah anda juara Piala Dunia 2022, Leo Messi mempunyai masalah kekurangan hormon tumbesaran yang membantutkan ketinggiannya pada usia 11 tahun?
FOTO PIALA DUNIA LIONEL MESSI KINI PALING POPULAR DI INSTAGRAM
Satu koleksi foto yang dikongsi bintang Argentina, Lionel Messi kini menjadi hantaran paling disukai di Instagram dengan lebih 67 juta likes.
SALT BAE DIKRITIK KERANA MELANGGAR PERATURAN FIFA
Aksi chef selebriti, Salt Bae di padang Piala Dunia 2022 mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat.