Skip to content

BEKAS JUARA MOTOGP NICKY HAYDEN MENINGGAL DUNIA

Kongsikan artikel ini

Bekas Juara MotoGP, Nicky Hayden dilaporkan meninggal dunia lewat malam Isnin. Pelumba kelahiran Amerika Syarikat berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang menunggang basikal sewaktu latihan di Itali Rabu lalu. Pelumba itu dikejarkan ke unit rawatan rapi Hospital Maurizio Bufalini sejak beberapa hari lalu. Namun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital tersebut. Menurut lapaoran, Hayden mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Nicky Hayden yang juga dikenali sebagai ‘The Kentucky Kid’ mewakili pasukan MotoGP Honda dari 2003 hingga 2015 sebelum ke Kejohanan World Superbike bagi musim 2016. Setakat ini, Hayden sudah memenangi tiga grand prix dalam MotoGP pada 2005-2006 namun berjaya merampas kejuaraan dunia musim itu selepas pertarungan hangat dengan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Yang mengejutkan, kematian beliau hampir sama beberapa bulan selepas pelumba profesional, Michel Scarponi meninggal dunia akibat dirempuh van ketika menjalani latihan berhampiran rumahnya. Nicky meninggalkan seorang ibu, serta kekasihnya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mei 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut
TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA

TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA

Bacaan Lanjut
BINTANG VINCENZO, NA CHUL MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT

BINTANG VINCENZO, NA CHUL MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT

Bacaan Lanjut
TOD’S X MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK

TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG

Bacaan Lanjut