Hari ini, MI-6 kehilangan salah seorang ajen vaterannya. Pelakon warga Britain Roger Moore, yang dikenali dengan watak ejen rahsia James Bond, meninggal dunia pada usia 89 kerana kanser. Perkara itu disahkan ahli keluarganya dalam akaun Twitter rasminya. Menerusi laporan media antarangsa, beliau dilaporkan meninggal dunia di Switzerland.

Selama 12 tahun berlakon sebagai ejen 007 James Bond, Roger telah memainkan watak pengintip aksi popular dalam tujug filem francais itu termasuk Live and Let Die serta spy Who Loved Me. Watak yang dibawanya membuatkan Moore menjadi jutawan dan hero pujaan seluruh dunia, sertaa anda pelakon yang membawa watak James Bond paling diminati.

Roger Moore juga merupakan aktor paling lama dalam francais James Bond iaitu sebanyak 7 buah filem. Roger pernah berkahwin empat kali dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Menurut laporan Sir Roger Moore akan disemadikan di Monaco.

    Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mei 2017