Skip to content

BOB DYLAN TERIMA PENGIKTIRAFAN NOBEL PRIZE

Kongsikan artikel ini

Penyanyi dan penulis lagu lagenda yang cukup terkenal, Bob Dylan akhirnya diberi penghormatan sebagai penerima Hadiah Nobel Sastera bagi tahun 2016. Penyerahan penghargaan itu dilaksanakan ketika dalam sebuah pertemuan berkonsepkan sederhana di Swedish Academy di Stockholm pada Sabtu lepas, seperti yang dilaporkan oleh media setempat, dipetik dari laman Independent.co.uk. 

Buat pengetahuan, anugerah Nobel ini adalah salah sebuah anugerah berprestij mengiktiraf karya atau hasil kerja seseorang yang unik, tanpa mengira apa pun bentuk karya sekalipun dengan syarat ia mestilah memberikan inspirasi kepada penonton dan pengguna. Anggota Akademi Horace Engdahl telah pun memberi pengesahan bahawa Dylan telah pun menerima penghargaan tersebut, namun beliau enggan mengulas lebih lanjut.

Jelas wakil dari Akademi Horace Engdahl,’ Dylan merupakan penulis lagu yang pertama yang berjaya diiktiraf untuk menerima Hadiah Nobel. Pada waktu ini beliau sudah sebaris dengan dengan Thomas Mann, Samuel Beckett, Gabriel Garcia Marquez dan Doris Lessing. Malah, beliau yang berusia 76 tahun itu cukup dipandang tinggi berikutan karya dan ekspresi puitis beliau dalam tradisi lagu Amerika.’

Walaupun Bob Dylan masih belum menerima maklum balas bagi melayakkan beliau untuk menerima hadiah tunai  bernilai USD 890 ribu, Dylan diberi waktu hingga 10 Jun untuk menyampaikan ucapannya. Dan khabar terbaru, sekretariat tetap dari Swedish Academy mengatakan pada Rabu lalu, Dylan akan memberikan ucapannya hanya melalui bentuk rakaman. Bob Dylan juga masih belum memberi kata putus sama ada beliau akan mengambilnya anugerah itu sendiri atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 April 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Bacaan Lanjut

5 TIP UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DALAM HIDUP

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut