Skip to content

DATUK LEE CHONG WEI UNGGULI ALL ENGLAND BUAT KALI KEEMPAT

Kongsikan artikel ini

Datuk Lee Chong Wei masih ‘berbisa’. Ini terbukti apabila semalam jaguh badminton perseorangan negara dengan mudah menundukkan pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, secara straight set dalam hanya tempoh 45 minit.

Kejayaan ini sekali gus menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan itu apabila meraih piala berprestij itu buat kali keempat selepas kali terakhir pada 2014.  Chong Wei juga pernah meraih kemenangan sama iaitu pada tahun 2010 dan 2011.

(Photo credit: Berita Harian Online)

Dengan merangkul empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dicapai oleh legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei!! U made us proud once again!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut